Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Bersatu harungi petaka tsunami

View previous topic View next topic Go down

Bersatu harungi petaka tsunami

Post by Park Deen on Sat Jan 12, 2013 2:00 pm







FILEM The Impossible menampilkan McGregor dan Watts sebagai teraju utama.




DUA figura hebat, Ewan McGregor dan aktres Naomi Watts tidak perlu
diperkenalkan lagi. Baik McGregor yang beraksi hebat dalam filem Star Wars Episode II: Attack of the Clones sebagai Obi-Wan Kenobi, mahupun Watts yang membawa peranan Ann Darrow dalam produksi King Kong - masing-masing mempunyai kelas tersendiri di Hollywood.

Terbaharu, mereka dikhabarkan intim - semuanya gara-gara lakonan bersama dalam filem tentang bencana alam tsunami, The Impossible yang bakal menjengah pawagam di Malaysia bermula pada 17 Januari ini.

McGregor dan Watts masing-masing membawakan peranan sebagai suami dan
isteri yang pergi bercuti di Thailand bersama tiga orang anak mereka
yang masing-masing dilakonkan oleh Tom Holland, Samuel Joslin dan Oaklee
Pendergast.

Begitupun, percutian mereka itu bertukar menjadi tragedi apabila
secara tiba-tiba tsunami melanda dan memusnahkan hotel yang dihuni
mereka itu.

Air mata Ewan McGregor

Terlalu mendalami karakter Henry Belon yang dibawakannya dalam filem
itu, McGregor mengakui air matanya tumpah ketika menjalani babak yang
mana Watts dibawa ke bilik pembedahan.

"Salah seorang pelakon cilik melakonkan karakter anak saya dalam filem The Impossible
iaitu Samuel Joslin bertanya, 'kenapa kamu berdua (McGregor dan Watts)
menangis?'. Saya membalas, 'Kami sedih. Kami tidak tahu sama ada dapat
lagikah bertemu dengan dia (Watts) selepas menjalani pembedahan ini'."

"Dia bertanya lagi, 'ya saya tahu tetapi kenapa awak juga menangis?'.
Dia mahu tahu sama ada ia adalah air mata sebenar daripada kami berdua.


"Katanya, 'ia seolah-olah seperti sebenar'. Saya cuba jelaskan
kepadanya, ia perlu kelihatan seperti tangisan sebenar jika tidak,
penonton tidak merasai emosinya," ungkap McGregor mengenai keletah
Joslin.

Mengulas mengenai keserasiannya berlakon di samping ketiga-tiga
Holland, Joslin dan Pendergast, ujarnya: "Saya tidak melakukan helah
untuk memaksa kanak-kanak itu berlakon. Saya sendiri mempunyai anak dan
kadangkala mereka sendiri mengeluarkan emosi tanpa diminta.

"Saya agak gusar pertama kali berada di lokasi penggambaran The Impossible, sama ada tiga kanak-kanak ini mengenali saya atau tidak. Tetapi mereka kata pernah melihat saya beraksi dalam filem Star Wars. Saya lantas berkata kepada mereka, 'Sayalah Obi-Wan Kenobi itu'," ujarnya.

Ulas McGregor lagi, dia dan tiga pelakon kanak-kanak tersebut
menghabiskan masa bersama termasuk bermain pingpong untuk membina
keserasian sebagai bapa dan anak di layar perak.

Ditebak soalan sama ada dia bakal menggondol anugerah melalui
peranannya dalam filem berdasarkan kisah benar itu, akui McGregor, 42,
sudah tentu dia berasa gembira jika memenangi anugerah.



WATTS mengakui sangat beremosi sepanjang menjalani penggambaran filem The Impossible.



"Saya tidak menafikannya, tetapi anugerah bukanlah terlalu penting
buat saya. Apa yang saya inginkan sudah tentu watak yang bagus dan
membantu saya kekal dalam industri. Itu lebih hebat," jelasnya.

Disoal mengenai perancangan kariernya pada masa akan datang, jelas
McGregor: "Tidak ada perancangan. Tidak mungkin ada. Anda tidak boleh
bergantung kepada sesuatu perancangan. Anda tidak tahu apa yang akan
terjadi selepas ini. Saya sangat beruntung kerana berjaya sebagai
pelakon. Saya hanya melakukan perkara yang saya suka. Apa lagi yang saya
boleh buat selain berlakon?"

Kongsinya lagi, dia agak selektif dalam memilih pengarah filem-filem lakonannya.

"Saya mahu bekerja dengan orang yang berpengalaman iaitu mereka yang
sudah lama dalam industri perfileman. Namun, saya juga mahu bekerja
dengan orang baharu tetapi bagus dalam industri," tuturnya.

Naomi Watts menderita bronkitis

Tampil menerusi The Impossible yang memaparkan sebuah kisah
benar tentang sebuah keluarga yang terbabit dalam tragedi tsunami yang
melanda Thailand pada tahun 2004, Watts sebenarnya telah mengajak suami,
aktor Liev Schreiber untuk turut berkunjung ke lokasi penggambaran di
negara tersebut.

Dua orang anaknya, Sasha, 5, dan Kai, 4, turut dibawa bersama.

Ketika itu, pengarah The Impossible, Juan Antonio Bayona
sedang menggambarkan kehancuran dahsyat yang berlaku ketika tsunami
melanda Thailand untuk direalisasikan di lokasi penggambaran filem
tersebut.

Watts tidak kisah mengajak Sasha dan Kai untuk melihat dirinya yang berlumuran darah dan lumpur ketika menjalani penggambaran The Impossible.

"Ini bukan cara terbaik untuk melihat ibu kamu," ujar Naomi sambil
tertawa mengenang memori bersama dua anaknya itu di lokasi penggambaran The Impossible.

Jelas Watts lagi, dia dan keluarganya tiba pada hari pertama
penggambaran yang mana karakternya itu perlu digambarkan sebagai masih
pada tahap mengalami luka yang minimum.

Namun pada hari ketiga, dia disolek dengan luka yang lebih dahsyat dan tubuh badannya juga dipenuhi dengan lumpur.

"Saya kemudiannya menerangkan kepada anak-anak saya tentang solekan luka tersebut agar mereka faham ia bukan benar.

"Saya tahu keadaan ini tidak normal, namun inilah sebahagian daripada
kehidupan pelakon. Kami bermain dengan karakter dan menjadi orang lain
pada setiap masa," jelasnya yang membawa peranan sebagai doktor yang
berasal dari Sepanyol bernama Maria Belon dalam The Impossible.



McGREGOR agak cerewet dalam memilih filem untuk dilakonkannya.




Mengulas mengenai pengalamannya sepanjang penggambaran filem
tersebut, ulas Watts, pada satu tahap dia hampir-hampir mati lemas
kerana ditenggelami air.

"Ketika kami menjalani penggambaran di dalam tangki air, ia
seolah-olah sedang mengalami situasi sebenar. Ada ketika saya sukar
untuk bernafas kerana kehabisan oksigen dan badan pula tenggelam,"
ungkapnya.

Watts mengakui kagum dengan semangat Maria.

"Setiap ibu selalu memikirkan keselamatan anak-anaknya. Jadi, saya
tidak dapat membayangkan bagaimana untuk melaluinya jika ia benar-benar
terjadi ke atas keluarga saya," ceritanya.

Berkongsi cabaran yang dilalui, Watts memberitahu, dia menghadapi
penyakit bronkitis dan sakit perut sepanjang menjalani penggambaran The Impossible.

Puncanya, sebab dia secara tidak sengaja telah menelan sejumlah besar
air ketika babak penggambaran di dalam tangki air tersebut. Perkara itu
telah diakui sendiri oleh Bayona.

"Ia sangat mencabar fizikal. Dari hari pertama, Watts mengalami
bronkitis dan masalah perut kerana dia telah menelan banyak air. Namun,
tidak kira macam mana letih atau teruknya keadaan dia, bila saya minta
dia mengulang kali adegan tersebut dia akan melakukannya," ujar Bayona.

Begitupun, segala penat lelah Watts merealisasikan watak tersebut
tidak sia-sia apabila dia tercalon untuk Anugerah Golden Globe 2012 dan
Screen Actors Guild Awards 2012 - kedua-dua untuk kategori Aktres
Terbaik dan bakal berlangsung pada tahun ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2Hl31Gups

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum