Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pahang, Johor DT tampil dengan rentak garang

View previous topic View next topic Go down

Pahang, Johor DT tampil dengan rentak garang

Post by Park Deen on Sat Jan 12, 2013 1:54 pm







PENYERANG Pahang, Mohamed Borji
(tengah) menjaringkan gol pasukannya pada aksi menentang Felda United
dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ semalam.




PENDATANG baharu Liga Super, Pahang semakin garang.

Semalam, skuad Tok Gajah itu terus mengukuhkan kedudukan di persada
Liga Super selepas menundukkan Felda United 1-0 menerusi jaringan
tunggal penyerang import, Mohamed Borji pada aksi yang berlangsung di
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.

Biarpun masih segar dengan kejayaan menewaskan pasukan gergasi
tempatan, Johor Darul Takzim FC 3-2 pada aksi pembukaan di Stadium Darul
Makmur, Kuantan sebelum ini, namun skuad bimbingan Dollah Salleh itu
terpaksa bekerja keras sebelum meraih tiga mata berharga di gelanggang
lawan.

Usaha keras mereka akhirnya berbalas apabila Borji berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan.

"Apa yang mustahak adalah kami berjaya meraih tiga mata.

"Saya masih menaruh kepercayaan kepada pemain import Pahang dan saya
berharap gol itu dapat memberikan suntikan motivasi kepada semua pemain
menjelang perlawanan akan datang," kata Dollah selepas tamat perlawanan
tersebut.

Pada aksi tersebut, corak persembahan Tok Gajah dilihat sedikit terjejas ekoran padang basah.

Penggempur Felda, Mohammad Ghaddar mempamerkan aksi memberangsangkan
apabila sering kali memberikan masalah kepada kubu pertahanan Pahang.

Pahang kembali mengatur serangan namun ketangkasan penjaga gol tuan
rumah, Mohd. Helmi Eliza Alias menafikan mereka daripada meloloskan
diri.

Selepas menyaksikan perlawanan tersebut seakan-akan berkesudahan
seri, Dollah membawa masuk Borji pada lima minit terakhir perlawanan dan
langkah tersebut berbaloi apabila Borji berjaya memecah kebuntuan
sekali gus menghadiahkan kemenangan berharga buat Pahang.

Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan
gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri
tanpa jaringan ketika menentang Terengganu.

Sementara itu, Johor Darul Takzim (Johor DT) membuktikan segala
kritikan dan cacian yang dilontarkan ke atas pasukan berstatus bintang
itu, akhirnya dibalas dengan kemenangan sulung semalam.

Beraksi di hadapan kira-kira 50,000 penonton di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos, Larkin, skuad Harimau Selatan itu jelas menggunakan
sebaiknya peluang menentang Perak yang beraksi dengan sembilan pemain
menerusi kemenangan 1-0.

Paling manis, kejayaan semalam turut menghadiahkan tiga mata sulung
buat skuad kendalian Fandi Ahmad itu selepas menerima pelbagai kritikan
ekoran kekalahan 2-3 kepada Pahang di Kuantan Selasa lalu.

Pada aksi semalam, Johor DT berada pada landasan terbaik untuk
mencatat kemenangan selepas dua pemain pasukan lawan diperintah keluar
padang pada babak pertama.

Episod malang skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu bermula
pada minit ke-37 selepas Khairi Kiman dilayangkan kad merah apabila
mengasari Daniel Guiza. Khairi sebelum itu dilayangkan kad kuning
pertama pada minit ke-26.

Pada minit ke-45, giliran Mohd. Hisyamuddin Md. Shaari pula
dilayangkan kad merah ekoran kekasaran ke atas pemain import Johor DT,
Simone Del Nero.

Bersambung babak kedua, Johor DT pantas membuka jaringan pertama
menerusi jaringan Mohd. Aidil Zafuan yang bijak menanduk bola hantaran
lintang kapten pasukan, Safiq Rahim.

Perak hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-53 tetapi tandukan
Rafael Souza Silva Novais berjaya ditepis penjaga gol tuan rumah, Mohd.
Zamir Selamat.

Johor DT mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan namun gagal memanfaatkannya

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2Hl1xvl1O

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum