Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Mandjou, Haris pilihan Hodak

View previous topic View next topic Go down

Mandjou, Haris pilihan Hodak

Post by Park Deen on Sat Jan 12, 2013 1:54 pm





Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


MANDJOU bakal digandingkan dengan Haris Safwan pada aksi menentang T-Team di Kuala Terengganu hari ini.




JUARA trebel, Kelantan akan mempertaruhkan gandingan bekas penjaring
terbanyak Liga Super musim 2005-2007, Keita Mandjou dan Mohd. Haris
Safwan Mohd. Kamal bagi merobek benteng pertahanan T-Team pada saingan
aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu petang ini.

Pengendalinya, Bojan Hodak berkata, keputusan tersebut dibuat selepas
kedua-dua pemain tersebut memperagakan aksi cemerlang ketika
menumbangkan PKNS pada perlawanan pembukaan liga Rabu lalu.

“Mohd. Haris beraksi cemerlang tempoh hari, begitu juga dengan
Mandjou. Walaupun ramai yang mempertikaikan kredibiliti dia (Mandjou)
tetapi saya harus bersikap jujur dan adil terhadapnya

“Anda lihat Marlon Alex James (pemain Angkatan Tentera Malaysia). Dia
pemain yang hebat tetapi gagal menjaringkan gol meskipun mempunyai
banyak peluang ketika pasukannya tewas kepada Lions XII tempoh hari.

“Situasi ini mungkin dialami Mandjou, kita janganlah cepat menghukumnya,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, dia yakin Mandjou akan menemui semula sentuhannya sekiranya diberikan sokongan padu oleh peminat.

Dalam pada itu, Hodak membayangkan berkemungkinan besar dia akan
menyenaraikan bekas pemain T-Team musim lalu, Zairo Annuar Zalani dalam
kesebelasan utamanya.

Bagaimanapun, keputusan tersebut akan dibuat selepas sesi latihan terakhir sebelum berlepas ke Kuala Terengganu.

“Zairo Anuar mengetahui sedikit sebanyak kekuatan dan kelemahan
pasukan lamanya. Saya perlukan khidmat dia dan saya fikir ini merupakan
satu peluang baik untuknya membuktikan kehebatan jika diberi ruang
beraksi nanti,” ujarnya.

Mengulas mengenai kekuatan T-Team yang pasti mahu mencatatkan
kemenangan pertama setelah tewas tipis 0-1 kepada Perak, Hodak
bagaimana pun tidak risau dengan kebangkitan kelab yang berpangkalan di
Kuala Terengganu itu.

“Saya tidak mahu terlalu yakin, tetapi saya tetap optimis kami boleh memperolehi satu keputusan positif di Kuala Terengganu.

"Memang T-Team tidak dibarisi pemain yang hebat tetapi mereka
merupakan sebuah pasukan yang sentiasa bekerja keras. Itu sesuatu yang
baik dan kami sudah bersedia berdepan dengan mereka,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2Hl1ghnyV

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum