Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kes selesai

View previous topic View next topic Go down

Kes selesai

Post by Park Deen on Fri Jan 11, 2013 4:57 am





Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


MAT YO (kiri) sudah boleh melupakan tuntutan KAFA terhadap isu penghijrahannya ke Johor.




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa nilai tebus
kontrak Norshahrul Idlan Talaha dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA) telah pun diselesaikan selepas penyerang Johor Darul Takzim FC
(Johor DT) itu melunaskan tebus kontrak selama 13 bulan bernilai
RM299,000.

Selain itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak perlu membayar sebarang yuran perpindahan buat Norshahrul.

FAM menjelaskan bahawa Norshahrul telah melangsaikan bayaran penamatan kontrak setahun sebagaimana yang dipersetujui oleh KAFA.

Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk
Takiyuddin Hassan mengesahkan perkara tersebut dengan memberitahu,
Norshahrul yang juga dikenali sebagai Mat Yo, hanya perlu membayar tebus
kontrak sahaja dan bukannya RM1 juta sebagaimana yang dituntut oleh
KAFA baru-baru ini.

Katanya, pemain berusia 26 tahun itu telah pun menjelaskan bayaran
penebusan kontrak itu seperti yang dituntut KAFA dan telah selesai sejak
20 November lepas.

Jelasnya, Mat Yo telah dua kali membuat bayaran penebusan kontrak kepada KAFA berjumlah RM299,000 melalui draf bank.

“Bayaran pertama Mat Yo sebanyak RM250,000 diberikan kepada KAFA pada
Jumaat lalu dan bayaran kedua berjumlah RM49,000 sehari kemudian. Kami
telah mendapat salinan bayaran ini daripada peguam yang mewakili Mat Yo.

“Apabila pemain menamatkan kontrak sebelah pihak dengan pasukannya, dia hanya perlu membayar bayaran tebus kontrak sahaja.

“Pasukan asal (Kelantan) tidak berhak menuntut bayaran perpindahan
dan mereka hanya boleh menuntut tebusan nilai kontrak daripada Mat Yo
yang berbaki selama 13 bulan sahaja.

“Justeru, bayaran yang dituntut KAFA tidak dapat dibenarkan kerana ia
bukan melibatkan perpindahan pemain, ia cuma tamat kontrak sebelah
pihak,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Status
Pemain di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebelum ini, KAFA menuntut Mat Yo melangsaikan bayaran sebanyak RM1
juta kerana dia menamatkan kontraknya bersama Kelantan setahun lebih
awal.

Jumlah tersebut dinilai menerusi nilai Mat Yo sebagai Pemain Paling
Bernilai Liga Malaysia (Liga M) selama tiga musim berturut-turut
(RM300,000), yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah
RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000 serta insentif dan
kerugian yang terpaksa ditanggung KAFA kerana penaja menarik diri.

“Apabila pemain menamatkan kontrak, dia hanya perlu membayar tebus kontrak, bukan tajaan atau lain-lain.

“Kami juga tidak akan mengiktiraf sekiranya wujud perjanjian lain
antara bekas pemain dengan majikannya tanpa merujuk kepada FAM seperti
dalam kes Mat Yo kerana ia di luar bidang kuasa kami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin turut mengarahkan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) membayar sagu hati berjumlah RM5,000 kepada
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) selepas mendapatkan
khidmat bekas pemain Harimau Muda A, Mohd. Affize Faisal Mamat yang
berasal dari Terengganu.

Beliau berkata, PBSNT tidak mempunyai hak memaksa pemain berusia 24
tahun itu beraksi bersama negeri kelahiran biarpun sebelum ini peraturan
FAM telah menetapkan bekas pemain Harimau Muda A harus kembali bersama
dengan negeri asal mereka.

“Bayaran perlu dijelaskan kepada PBSNT dalam tempoh sebulan atau kita
akan memotong geran tahunan yang diberikan kepada ATM bagi
menyelesaikan masalah

ini,” kata Takiyuddin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum