Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Imej Harimau Selatan tercalar

View previous topic View next topic Go down

Imej Harimau Selatan tercalar

Post by Park Deen on Wed Jan 09, 2013 2:58 am





Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
sukan@kosmo.com.my


KEHADIRAN Guiza (kanan) gagal membantu Johor DT meraih kemenangan ke atas Pahang malam tadi.




IMEJ Johor Darul Takzim (Johor DT) sebagai pasukan yang gah dengan
pemain-pemain bertaraf bintang tercalar di Stadium Darul Makmur, Kuantan
semalam apabila tewas 2-3 kepada Pahang yang kembali bersaing dalam
saingan Liga Super musim ini.

Pahang yang hampir merayakan gol pertama menerusi tendangan Nikolche
Kleckaroski pada minit kesembilan bagaimanapun terpaksa berputih mata
apabila jaringan tersebut dibatalkan pengadil atas sebab penyerang Tok
Gajah itu merempuh Muhammad Al Hafiz Hamzah yang sudah menangkap bola
sebelum ia terlepas dan disambar oleh Nikolche.

Selang seminit kemudian, kekecewaan tersebut semakin dirasai apabila
Johor DT meledakkan gol pertama pada minit ke-10 menerusi tandukan Safiq
Rahim.

Tekanan dihadapi skuad Tok Gajah terus bertambah apabila tendangan
Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi menggegarkan gawang tuan rumah pada
minit ke-25.

Permulaan babak kedua pula menyaksikan cubaan Pahang memperkemaskan
jentera serangan dengan memasukkan R. Gopinathan bagi menggantikan
Nikolche.

Langkah yang diambil oleh jurulatih Dolah Salleh itu berhasil meniup
kebangkitan Pahang apabila berjaya menjaringkan gol pertama pada minit
ke-48 menerusi rembatan Fauzi Roslan.

Fauzi kemudian sekali lagi memanfaatkan peluang menghasilkan gol kedua Pahang pada minit ke-72 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Gol penyamaan itu ternyata meniup semangat pemain Tok Gajah yang
semakin ghairah melancarkan serangan dan hasilnya, R. Surendran berjaya
meledakkan gol kemenangan Pahang pada minit ke-82.

Skuad Harimau Selatan yang tertekan melihat kebangkitan Pahang
kemudian cuba memperkemas barisan serangan dengan memasukkan Mohd. Safee
Sali pada minit-minit akhir untuk digandingkan bersama Norshahrul.

Harapan Johor DT yang dibimbing ketua jurulatih, Fandi Ahmad
bagaimanapun lebur sebaik pengadil Shamsudin Ibrahim meniup wisel
penamat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2HQpDe3nh

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum