Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan mahu tebus kecewa

View previous topic View next topic Go down

Kelantan mahu tebus kecewa

Post by Park Deen on Tue Jan 08, 2013 2:51 am





Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


KEITA Mandjou (kiri) masih belum memperlihatkan sengatnya mengemudi jentera serangan Kelantan.



SELEPAS memulakan kempen 2013 dengan agak hambar selepas tewas kepada
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan merebut Piala Sumbangsih,
Sabtu lalu, Kelantan nekad mahu mencari kemenangan pertama musim ini
apabila dijadualkan berdepan PKNS FC di Kota Bharu malam esok.

Ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi memberitahu, dia dan rakan-rakan
tidak mempunyai pilihan kecuali mendapatkan tiga mata penuh pada aksi di
gelanggang sendiri untuk mendapatkan momentum selain menebus kekecewaan
peminat.

Menurutnya, kekalahan kepada ATM tidak memberikan kesan dan
melunturkan semangat para pemain dan menganggapnya sebagai nasib tidak
menyebelahi The Red Warriors biarpun banyak peluang dicipta, namun gagal diterjemahkan dengan jaringan.

"Kita cukup serius dan bersedia untuk turun menentang PKNS malam Rabu
ini. Saya cukup optimis kita mampu untuk memenangi perlawanan tersebut
dan perlu mempertahankan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad IV
sejak tahun lalu.

"Bagaimanapun, menentang PKNS bukan tugas mudah. Mereka memiliki
pemain berbakat, malah musim lalu kita hanya mencatat keputusan seri di
sini (Kota Bharu). Saya fikir kita perlu mendapatkan kemenangan dalam
perlawanan pertama ini sebagai suntikan semangat," katanya ketika
dihubungi semalam.

Tambahnya, PKNS berjaya mendapat khidmat bintang import Sime Darby
musim lalu, Patrick Ronaldinho selain diperkuat seorang lagi pemain
import, Helmi Loiseaif yang perlu dirantai pergerakan kerana kedua-dua
mereka mampu memusnahkan impian pasukan.

Dalam pada itu, jeneral padang The Red Warriors itu berharap
penggempur import mereka dari Guinea, Keita Mandjou mampu menemui
sentuhan untuk menajamkan lagi jentera hadapan pasukannya dan
menggunakan peluang yang dimiliki untuk menjaringkan gol.

Dia mengakui bahawa Kelantan kini berdepan sedikit masalah di posisi
penyerang, namun percaya ia bukan suatu masalah yang besar dan mampu
diatasi dalam sedikit masa lagi selepas para pemain mula merasai
kehangatan cabaran Liga Super musim ini.

"Keita (Mandjou) seorang penyerang yang bagus tetapi penyudahnya
belum begitu sempurna dan dia juga belum berada pada tahap terbaik.

"Sekiranya dia menggunakan peluang yang ada, saya fikir keputusan
saingan Piala Sumbangsih mungkin berbeza dan kita mampu menjaringkan
lebih banyak gol.

"Jadi, saya berharap dia mampu membuktikan sesuatu pada perlawanan
pertama di Kota Bharu. Kita juga kembali mendapatkan khidmat Khairul
Fahmi Che Mat di posisi penjaga gol manakala benteng pertahanan kita
juga sudah semakin baik," ujarnya.

Sementara itu, Badri berpandangan bahawa Kelantan lebih sesuai
beraksi dengan formasi 4-4-2 berbanding formasi 4-3-3 yang digunakan
semasa tewas menentang ATM, Sabtu lalu dengan menggunakan khidmat Keita
Mandjou sebagai penyerang tunggal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2HKxM4r5G

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum