Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

M-Girls bergabung selepas lapan tahun

View previous topic View next topic Go down

M-Girls bergabung selepas lapan tahun

Post by Park Deen on Tue Jan 08, 2013 2:47 am





Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


PERCAYA atau tidak, M-Girls sudah muncul dengan 100 buah album sejak mula ditubuhkan pada tahun 2001.



WALAUPUN kumpulan yang ditubuhkan mereka pernah berpecah sejak
lapan tahun yang lalu, kini M-Girls yang terdiri daripada empat gadis
muda - Crystal, Angeline, Queenzy dan Cassandra kembali bergabung
sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Empat anak muda itu juga telah melancarkan album ‘reunion’ mereka
sempena sambutan perayaan tersebut pada 12 Disember tahun lepas.

Mereka yang kesemuanya berumur 27 tahun ini sebenarnya telah berjaya
menghasilkan lebih 100 album berbahasa Cina sejak penubuhan M-Girls
pada tahun 2001.

Sebelum ini dua ahli kumpulan mereka iaitu Cassandra dan Queenzy
telah keluar dari M-Girls disebabkan ingin menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pengajian di sebuah kolej swasta di ibu kota.

Disebabkan itu, Crystal dan Angeline telah merakam album M-Girls
secara berduet dan berkolaborasi dengan artis lain di bawah syarikat
naungannya, Star Media Distribution Sdn. Bhd.

Kini, atas permintaan peminat setia mereka, sebuah album yang
dinamakan Reunion yang mengandungi 12 buah lagu bertemakan Tahun Baru
Cina telah dipasarkan bagi mengubati rindu peminat mereka.

Kali terakhir kumpulan ini merakamkan album bersama pada tahun 2005.

Kata Crystal, dia benar-benar teruja untuk membuat persembahan
bersama dengan tiga ahli kumpulan asal M-Girls selepas dua daripada
mereka iaitu Cassandra dan Queenzy mengambil keputusan untuk berehat
panjang.

“Kami tidak bergaduh pun. Memang Cassandra dan Queenzy ingin beri
komitmen sepenuhnya kepada pelajaran, jadi saya dan Angeline terpaksa
akur dengan keputusan mereka berdua,” jelasnya.

Mengakui mereka berempat sebagai ‘satu kepala’, Angeline pula
menambah, dia tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu respons peminat
mereka yang menantikan album mereka.

“Sangat gembira ada album bersama kembali, walaupun kami selalu
berjumpa, ia tidak sama apabila tidak membuat persembahan dengan
M-Girls,” jelasnya.

Bagi Cassandra yang telah tidak bersama M-Girls selama lapan tahun,
dia merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

“Apabila memikirkan banyak memori manis kami bersama, memang saya
rindu untuk bersama M-Girls. Jadi dengan kemunculan album terbaharu
kami ini, ia akan mengubat rindu saya sendiri dan peminat kami,”
ujarnya yang mengakui pasaran M-Girls termasuklah China, Indonesia,
Brunei, Singapura dan Taiwan.

Mengenai album terbaharu mereka itu, Queenzy memberitahu, keunikan
Reunion adalah ia merupakan album yang patut ada untuk setiap sambutan
perayaan berkenaan.

“Di Malaysia sangat berlainan dengan negara China. Di China memang
tiada orang terbitkan album untuk musim perayaan. Di negara ini lebih 10
album dipasarkan untuk perayaan seperti sambutan Aidilfitri juga,”
jelasnya.

Album M-Girls boleh



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2HKw7rgY3

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum