Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sabah tekad bermula garang

View previous topic View next topic Go down

Sabah tekad bermula garang

Post by Park Deen on Mon Jan 07, 2013 10:33 am

Sabah tekad bermula garang


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


MCCREERY (kiri) menyampaikan amanat
kepada para pemain Sabah menjelang aksi Liga Perdana menentang KL
SPAPutrajaya di Stadium Likas petang ini.




TIGA mata penuh menjadi buruan Sabah pada aksi pembuka tirai kempen Liga Premier musim ini.

Sabah bakal melayan kunjungan pasukan berstatus kelab, KL SPAPutrajaya di Stadium Likas petang ini.

Di atas kertas, skuad kendalian jurulatih dari Ireland, David
McCreery itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan KL SPA Putrajaya
berdasarkan kelebihan selaku tuan rumah, selain diperkuatkan barisan
pemain berpengalaman.

Bagaimanapun, pengurus pasukan Alijus Sipil enggan terlalu yakin
dengan kelebihan yang dimiliki skuad Sabahawks, sebaliknya tetap
menghormati kemampuan pasukan lawan dengan reputasi selaku juara Liga
FAM musim lalu.

“Ini adalah perlawanan sulung kami dalam Liga Premier musim ini dan
saya cukup yakin pasukan akan bermain dengan baik, sekali gus memenangi
aksi ini untuk mengutip tiga mata penuh.

“Paling penting, perlawanan esok (hari ini) akan menguji kemampuan
sebenar pasukan selepas pihak pengurusan melakukan rombakan
besar-besaran pada penghujung musim lalu,” katanya kepada Kosmo!
semalam.

Mengulas mengenai kemampuan lawan, Alijus percaya KL SPA Putrajaya
yang dibimbing Mohd. Shah Norbit pasti mempunyai keyakinan tinggi
apabila buat pertama kalinya beraksi di pentas Liga Premier.

“Setiap pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) adalah
pasukan terbaik dan seharusnya kami menghormati kemampuan mereka.

“Pemain hanya perlu memberikan aksi terbaik mereka dan menggunakan setiap peluang untuk mencipta kemenangan,” ujarnya.

Pada perlawanan hari ini, Sabah bakal diperkuatkan dengan kekebalan
bekas penjaga gol kebangsaan, Syamsuri Mustafa selain khidmat dua pemain
import, Rhys David Weston dan Koh Traore.

Turut menjadi pertaruhan pastinya penyerang berpengalaman, Zainizam Marjan selain kapten,

Rosdin Wasli, Juffery Omopor dan Sumardi Hajalan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2HGyva5Mj

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum