Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

NS sasar rangkul satu piala

View previous topic View next topic Go down

NS sasar rangkul satu piala

Post by Park Deen on Mon Jan 07, 2013 10:29 am





Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


MOHAMAD (berdiri, tengah) bergambar
bersama para pemain pada Sesi Pengenalan Pasukan Negeri Sembilan untuk
saingan Liga Malaysia 2013 dan pelancaran Akademi Bola Sepak Yayasan
Negeri Sembilan-PBNS di Klana Resort, Seremban semalam.




NEGERI Sembilan yang mempetaruhkan ramai pemain muda dan baharu
meletakkan sasaran untuk merangkul sekurang-kurangnya satu piala pada
saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri
Mohamad Hasan yakin skuad Hoben Jang Hoben mampu memberi saingan, sekali
gus membawa pulang satu piala.

Katanya, beliau yakin pasukan yang kini dibimbing oleh ketua
jurulatih baharu dari Portugal, Divaldo Da Silva mampu memberi saingan
kepada mana-mana pasukan.

"Berdasarkan senarai pemain yang kami miliki dan juga sistem
permainan di bawah jurulatih baharu, saya yakin kami mampu memberi
saingan kepada mana- mana pasukan.

"Pada tahun ini, saya yakin kami mampu membawa pulang satu piala,
malah kami juga mampu menyapu bersih semua piala kerana dalam bola sepak
tiada yang mustahil," katanya di Seremban semalam.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Pengenalan Pasukan Negeri
Sembilan untuk saingan Liga M 2013 dan pelancaran Akademi Bola Sepak
Yayasan Negeri Sembilan-PBNS.

Dalam majlis tersebut, seramai sembilan pemain baharu termasuk dua
pemain import iaitu penyerang dari Argentina, Emanuel Matias De Porras
dan pemain pertahanan, William Paul Modibo (Cameroon) diperkenalkan
kepada pihak media.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, Negeri Sembilan kali ini
rata-rata dibarisi oleh pemain baharu dan muda, namun kemampuan mereka
tidak boleh dipandang rendah oleh mana-mana pasukan.

"Kami tidak berbelanja besar untuk membeli pemain bintang seperti
pasukan lain kerana kami masih berpegang kepada cara tersendiri iaitu
melahirkan pemain muda yang berbakat.

"Negeri Sembilan pada musim ini terdiri daripada adunan pemain muda
berbakat dan kita juga mempunyai beberapa pemain berpengalaman untuk
membimbang mereka ini," jelasnya.

Mengulas mengenai jurulatih import yang baharu, beliau menjelaskan
bahawa Da Silva dipilih kerana dia mempunyai pengalaman luas termasuk
membimbing sebuah kelab terkenal di Indonesia.

"Kami telah melihat cara Da Silva melatih pasukan dan saya sangat
tertarik dengan sistem kejurulatihan baharu yang diserapkannya.

"Daripada siri perlawanan ujian sebelum ini, saya melihat satu
perkembangan positif dalam corak permainan pasukan ini dan dari situ
kita yakin Negeri Sembilan mampu menjadi sebuah pasukan yang digeruni,"
katanya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2HGxd7vd8

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum