Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Nassier Wahab tak suka rap

View previous topic View next topic Go down

Nassier Wahab tak suka rap

Post by Park Deen on Wed Jan 02, 2013 10:10 am





Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


NASSIER WAHAB mengakui lebih selesa menyanyi secara solo.



SIAPA tidak kenal dengan penyanyi terkenal era 80-an, Nassier Wahab
dan lagu Memori Cinta Luka yang menaikkan namanya kembali sekitar tahun
2006 dahulu.

Kini, Nassier, 50-an telah muncul dengan album penuh terbaharu, Cinta
Farhat - Air Mata dan Doa sejak September lalu dan mempertaruhkan lagu
Cinta Farhat sebagai lagu hit terbaharunya.

Dalam album berkenaan, terdapat 10 lagu baharu dan enam lagu hitnya sebelum ini yang dimuatkan dalam satu album.

“Saya memang mahu buat album penuh. Saya tidak mahu ikut trend macam
artis lain yang hanya buat single sahaja,” ujarnya yang mendapat
kepuasan apabila menghasilkan album penuh.

Nassier yang tidak pernah mengeluarkan single setakat ini menambah,
dia sebenarnya selesa dengan caranya sendiri apabila berani mengeluarkan
album penuh yang jarang dilakukan oleh artis sekarang.

“Saya terbitkan album yang berkualiti sahaja, biarlah penyanyi lain
nak buat single, saya dapat kepuasan dengan buat album penuh, janji
peminat saya puas hati,” kata penyanyi kelahiran Kota Kuala Muda, Kedah
ini.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan dunia seni sekarang, apabila
ditanya mengenai trend penyanyi yang seangkatannya telah berduet atau
membuat penampilan khas dalam lagu penyanyi yang lebih urban, Nassier
menjawab:

“Saya tidak minat, saya tidak suka genre rap, lagi pun saya tidak
mahu rosakkan lagu sebab ada lagu yang sesuai buat begitu dan ada yang
tidak sesuai.”

Sungguhpun begitu, dia berkata, dia meminati lagu Apo Kono Eh Jang
2012 nyanyian Datuk AC Mizal bersama Rafidah Ibrahim dan Stellar Band
serta menganggap kolaborasi itu berjaya.

Baginya, dia lebih selesa untuk menyanyi secara solo tanpa membuat
penampilan khas mana-mana artis yang lebih muda dan lebih dikenali
namanya pada zaman sekarang.

“Kalau nak ikut trend, macam-macam trend lain kita boleh buat, tidak
semestinya hendak berduet, ada juga trend baharu dalam buat lagu
misalnya,” ulasnya yang tidak pernah terfikir untuk berduet dengan
mana-mana artis tanah air.

Mengakui agak sukar untuk memasarkan lagunya dalam stesen radio
sekarang berbanding dahulu, Nassier menganggap itu satu cabarannya untuk
bekerja keras seperti ketika mempopularkan lagu Memori Cinta Luka
dahulu.

“Saya mengakui memang payah, walaupun ada stesen radio yang terima
lagu baharu saya ini tetapi ada yang tidak terima, tidak mengapa, saya
sudah sebati dengan cabaran ini, banyak sudah dugaan yang pernah saya
lalui,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai prinsip mengekalkan namanya dalam persada
seni agar masih utuh hingga ke hari ini, Nassier tidak lokek berkongsi.

Katanya, dia berpegang kepada pesanan Datuk D J Dave ketika dia mula
mencipta nama dahulu agar membuatkan semua pihak yang berurusan senang
bekerja.

“Kalau berurusan dengan media atau pihak-pihak lain kita jangan buat
perkara senang jadi payah dan jaga hati semua orang agar semua puas hati
dengan kerja kita.

“Saya masih ingat pesanan itu sampai sekarang, walaupun nama kita
naik perlahan-lahan, kita jangan lupa diri, insya Allah nama kita akan
diingati selamanya,” jelasnya ketika berkunjung ke Kosmo! baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2GndgRubJ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum