Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Malaysia unggul benam Incheon

View previous topic View next topic Go down

Malaysia unggul benam Incheon

Post by Park Deen on Mon Dec 31, 2012 1:37 pm







KOGILESWARAN dicabar pemain Incheon Selection pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya semalam.




SKUAD bawah 15 tahun (B-15) Malaysia mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Piala Antarabangsa Frenz (FIC) 2012.

Kejayaan tersebut hadir selepas skuad bimbingan S. Balachandran itu
melakar kemenangan kedua pada aksi Kumpulan B apabila menewaskan kelab
Korea Selatan, Incheon Selection 2-0 semalam.

Pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya itu,
Kogileswaran Raj muncul wira skuad B-15 Malaysia apabila meledak dua
gol pada minit ke-17 dan ke-28.

Kemenangan itu sudah cukup untuk memastikan kemaraan anak-anak buah
Balachandran ke kelompok empat pasukan terbaik selepas membelasah kelab
Republik Czech, Slavia Praha 5-0, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Balachandran tidak mahu barisan pemainnya terus dibuai
mimpi indah ekoran kejayaan itu, sebaliknya kekal fokus bagi menghadapi
aksi terakhir kumpulan menentang satu lagi wakil Malaysia, Frenz United
malam esok.

"Dua pemain saya mengalami kecederaan. Jadi, kami (skuad B-15
Malaysia) akan melakukan beberapa perubahan bagi memastikan kami tetap
memberikan aksi terbaik pada perlawanan terakhir nanti.

"Setakat ini, saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan
barisan pemain saya," kata Balachandran sejurus tamat perlawanan
semalam.

Sementara itu, penolong pengurus Incheon Selection, Kim Kyu Sok tetap
kekal positif bagi menghadapi aksi terakhir menentang Slavia Praha
biarpun tewas dua perlawanan awal.

"Selain keadaan cuaca (panas), jelas sekali pemain-pemain kami
(Incheon Selection) kurang dari aspek stamina dan kami sedar bahawa
terlalu sukar untuk mereka menyesuaikan diri.

"Biarpun kami kecewa, kami akan pastikan kami menang perlawanan seterusnya menentang Slavia Praha," kata Kyu Sok.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, Frenz United Malaysia
mencerahkan peluang mara ke separuh akhir apabila seri tanpa jaringan
dengan Slavia Praha.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2Gcn7y3j8

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum