Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Zul mengaku cinta Gayatri

View previous topic View next topic Go down

Zul mengaku cinta Gayatri

Post by Park Deen on Sat Dec 29, 2012 6:12 am









Zul Ariffin selesa bersama Gayatri.


PELAKON Zul Ariffin akhirnya mengesahkan hubungan rapatnya dengan
penerbit filem daripada syarikat produksi Tayangan Unggul, Gayatri
Su-Lin Pillai.

Zul berkata, hubungan mereka sudah tujuh bulan terjalin dan menjadi rapat selepas tamat sesi penggambaran filem Penanggal.

“Sewaktu di lokasi, kami kurang rapat kerana tidak banyak peluang
untuk berbual. Tetapi hubungan menjadi lebih baik selepas tamat
penggambaran filem tersebut.

“ Sejujurnya, saya senang berada di sampingnya. Ini kerana dia
seorang wanita yang boleh diajak berbincang dan penuh dengan
kelembutan," katanya yang ditemui selepas pelancaran filem Bikers
Kental, baru-baru ini.

Menurut Zul, jarak usia tidak pernah menjadi isu penting buat dirinya dalam memilih pasangan.

“Saya akui ramai juga yang mempersoalkan hal usia kami, saya tak
kisah pun. Apa yang penting, saya suka kepadanya selepas semakin
mengenali dirinya. Kami juga berasa selesa sewaktu bersama dan akhirnya
menjadi pasangan kekasih," tambahnya yang bakal memegang watak sebagai
Arbi dalam filem terbabit.

Nampaknya Zul memang ‘angau’ betul kali ini dan tidak kisah bila buat
pendedahan sebegini lagi. Jika kisah cinta sebelum ini sering
disembunyikan dan menjadikan alasan sebagai teman mesra sahaja, dengan
penerbit Tayangan Unggul itu sebaliknya pula.

Zul secara jujur mengaku kepada media yang hatinya memang untuk
wanita bernama Gayatri. Hmmm, bila nak makan nasi minyak agaknya ya?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121228/hi_03/Zul-mengaku-cinta-Gayatri#ixzz2GPIczlD9

© Utusan Melayu (M) Bhd
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum