Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

FAM juga perlu bertanggungjawab

View previous topic View next topic Go down

FAM juga perlu bertanggungjawab

Post by Park Deen on Sat Dec 29, 2012 5:37 am






Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


Alfadli Awaludin menunjukkan petisyen
yang akan diserahkan kepada FAM pada sidang akhbar di Medan Selera
Pusat Penjaja Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sejak kegagalan skuad Harimau
Malaya mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF, suara-suara desakan
agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dirombak, semakin lantang.

Kekecewaan yang dirasai penyokong pasukan kebangsaan kini sudah tidak dapat dibendung lagi.

Semalam, sekumpulan penyokong nekad meluahkan rasa tidak puas hati
yang telah lama bersarang di dalam dada kepada media tempatan.

Bagi mewakili suara tidak puas hati terhadap FAM itu, seorang
penyokong tegar skuad Harimau Malaya, Alfadli Awaludin tampil pada
sidang akhbar di sini semalam dengan menyuarakan pandangan mereka
terhadap kegagalan bola sepak Malaysia.

Alfadli berkata: "Kegagalan yang membelenggu skuad kebangsaan tidak
boleh diletakkan sepenuhnya di bahu jurulatih atau pun para pemain,
tetapi sebaliknya FAM perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
kegagalan tersebut.

"Kegagalan yang saya maksudkan ini bukan semata-mata melibatkan
penyertaan kita pada Piala Suzuki AFF 2012, tetapi melibatkan
keseluruhan perjalanan bola sepak negara sejak berpuluh tahun dulu."

Menurutnya, bola sepak Malaysia tidak menunjukkan sebarang kemajuan
berbanding negara-negara lain di Asia yang dahulunya merupakan saingan
terdekat negara ini.

Jelas Alfadli, perkembangan bola sepak negara tidak berkembang dengan
betul dan kegagalan itu bermula daripada liga tempatan yang langsung
tidak mempunyai daya saing.

"Selama 28 tahun, daripada liga amatur kita beralih ke liga semi-pro
pada 1989, kemudian ke liga profesional pada 1993, namun hasilnya liga
kita kini hanya berada dalam gred D. Liga J yang datang berguru dengan
kita telah menjadi liga gred A hari ini.

"Kesannya pasukan dari Liga Malaysia (Liga M) tidak layak untuk
beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) mahupun untuk
perlawanan playoff," ujarnya.

Tambahnya, badan induk bola sepak negara pernah menyatakan melalui
Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad bahawa ranking tidak penting.

"Jadi kalau ranking tidak penting, ke mana sebenarnya hala tuju kita, apa objektif kita?

"Negara-negara yang lebih kecil dari kita pun menitik beratkan soal
ranking, ini kerana ranking akan menentukan hala tuju bola sepak kita.

"Saya juga difahamkan kalendar FIFA dikeluarkan empat tahun sekali,
jadi kelebihan ini membolehkan FAM menyusun jadual liga tempatan dan
perlawanan persahabatan antarabangsa dengan lebih terancang.

"Tetapi timbul persoalan, mengapa FAM gagal mendapatkan perlawanan
kelas A untuk Harimau Malaya sedangkan jadual telah keluar empat tahun
lebih awal, apakah hala tuju pasukan kebangsaan kita, adakah masih
berpaksi kepada Sukan SEA dan Piala AFF sahaja?," tegasnya.

Alfadli turut mempertikaikan apakah rasionalnya FAM apabila memiliki
bilangan pegawai berdaftar di negara ini yang lebih ramai iaitu 11,810
orang berbanding 9,930 orang pemain berdaftar seperti yang direkodkan
oleh FIFA.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121229/su_02/FAM-juga-perlu-bertanggungjawab#ixzz2GP9eQZKT

© Utusan Melayu (M) Bhd
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum