Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Cheng Ho wira samudera

View previous topic View next topic Go down

Cheng Ho wira samudera

Post by Park Deen on Sat Dec 29, 2012 3:27 am











SEJAK di bangku sekolah menengah, Arina Abdul Ghani, 23, sering
mendengar pelbagai kisah mengenai Laksamana Cheng Ho, panglima laut yang
tersohor di China.

Melalui pembacaannya dalam buku-buku teks, dia diberitahu Cheng Ho pernah memainkan peranan penting dalam sejarah silam negara.

Namun, jauh di sudut hati, dia tidak pernah teruja untuk mengetahui
siapa sebenarnya Cheng Ho. Kepada Arina, Cheng Ho yang disebut Zheng He
dalam bahasa Mandarin hanyalah pelayar biasa yang mengembara dari sebuah
negara ke sebuah negara lain.

Persepsinya berubah sebaik Arina memasuki alam universiti. Selaku
pelajar jurusan politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM), Arina banyak didedahkan mengenai kehebatan tokoh-tokoh Islam
termasuk Cheng Ho.

"Cheng Ho sememangnya sangat dekat dengan masyarakat kita khususnya ketika era Kesultanan Melayu Melaka sekitar kurun ke-15.

"Kejayaan beliau melakukan penjelajahan merentasi beberapa lautan dan
benua di sekitar Asia, Asia Barat dan Afrika bersama armadanya serta
teknologi navigasi yang digunakan ketika itu cukup luar biasa.

"Malangnya, kisah kehebatan beliau tenggelam berikutan agenda Barat
menjaja kehebatan Christopher Columbus, Vasco da Gamma atau Ferdinand
Magellan," katanya.

Keinginan memartabatkan wira samudera agung itu mendorong Arina
menyertai Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Ia merupakan sebuah
pertubuhan yang dicetuskan bagi meneladani jatuh bangun sesebuah tamadun
dunia kira-kira dua tahun lalu.

Di bawah Grup Cheng Ho, dia dan tiga ahli kumpulan yang terdiri
daripada Nor Sakinah Ya'cob, 23, Abdul Hakim Shahbuddin, 26, dan
Halariyani Kampun, 20, melakukan kajian termasuk mengadakan pelbagai
program mengenai Cheng Ho.

Antaranya Kem Bahasa Mandarin dan Jejak Kamus Cina-Melayu Cheng Ho bersama Dr. Yang Quee Yee di Singapura.

Kemuncaknya, kata Arina ialah misi Jejak Laksamana Cheng Ho di China yang diadakan pada 26 Ogos hingga 7 September lalu.

"Matlamat kami ialah untuk menjejaki peninggalan sejarah Cheng Ho di
tempat kelahirannya di Kunming, Yunnan di samping melawat masjid-masjid
dan madrasah serta melihat perkembangan syiar Islam di negara itu.



REPLIKA armada Cheng Ho ini turut menjadi tarikan pengunjung ke Zheng He Park.




"Biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk berkorban masa, tenaga
dan wang ringgit, namun semuanya diketepikan bagi memastikan misi ini
berjalan lancar," katanya.

Bercerita mengenai misi itu, rakannya, Nor Sakinah menjelaskan,
pengembaraan mereka bermula di Guangzhou sebelum menaiki kereta api ke
Kunming yang memakan masa hampir 26 jam.

Layanan mesra

Biarpun melalui perjalanan panjang dan memenatkan, namun ia sedikit
terubat apabila mereka diberi layanan mesra oleh kakitangan Konsulat
Malaysia yang sedia menanti.

"Disebabkan kebanyakan hotel telah habis ditempah, kami terpaksa
menumpang di rumah seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Pak Jam,
kakitangan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) yang sudah lapan tahun
menetap di Kunming.

"Pertemuan itu nyata ada hikmahnya, rupa-rupanya Pak Jam sememangnya
rapat dan mengenali keturunan Cheng Ho ke-20 bernama Ma Ni yang juga
bekerja di MAS," katanya.

Ma Ni, 20, fasih berbahasa Inggeris. Perwatakannya juga santai dan
ceria. Dia merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluarganya.
Biarpun berasal daripada keturunan tokoh terkenal, Ma Ni tetap merendah
diri dan menjalani kehidupan biasa seperti gadis-gadis seusianya.

"Saya tahu Cheng Ho sangat terkenal dan begitu dihormati di Malaysia,
malah terdapat sebuah muzium khas yang dibina bagi memperingati jasa
dan sumbangannya di sana.

"Sebagai salah seorang keturunannya, saya amat berbesar hati dengan
pengiktirafan tersebut," kata Ma Ni yang pernah melawat Malaysia
beberapa tahun lalu.

Ma Ni turut mengajak mereka bertemu datuknya, Zheng Ng Liang, 78, yang menetap di Jinning, kira-kira 60 kilometer dari Kunming.



CHENG HO sangat dekat dengan masyarakat kita khususnya ketika era Kesultanan Melayu Melaka sekitar kurun ke-15.




"Sepanjang perjalanan, dia banyak bercerita mengenai kisah Cheng Ho
sejak kecil sehingga bergelar pelayar, laksamana, diplomat dan
pengembara terkenal pada zamannya.

"Kami diberitahu, sepanjang hidupnya Cheng Ho tidak pernah berkahwin dan mempunyai zuriat.

"Keturunan Cheng Ho yang ada pada hari ini ialah daripada anak
angkatnya, Zheng Ng Lai yang juga merupakan anak saudaranya. Selain di
China, keturunannya juga dipercayai berada di Thailand," jelasnya.

Ma Ni juga menceritakan bahawa setiap keturunan Cheng Ho diwajibkan menulis semula buku riwayat hidupnya dengan tangan.

Selain menyimpannya sebagai bahan rujukan, dengan cara itu juga kisah
Cheng Ho dapat dihayati dengan lebih mendalam di samping dapat
disebarkan daripada satu generasi ke generasi lain.

Seperti dijanjikan, Ng Liang, yang merupakan keturunan Cheng Ho ke-18 sudah siap sedia menanti di Jinning.

Bersama Ma Ni yang bertindak sebagai penterjemah, mereka dibawa ke
Zheng He Park, taman peringatan Cheng Ho seluas 250 hektar terletak
tidak jauh dari situ.

"Itulah Cheng Ho. Di sinilah beliau dilahirkan dan dibesarkan suatu
ketika dahulu," kata Ng Liang, sambil menunjukkan sebuah replika patung
lelaki gergasi yang berdiri megah di hadapan pintu masuk ke taman itu.

Dibina pada tahun 1980, sempena meraikan sambutan ulang tahun
pelayaran Cheng Ho ke-580, Ng Liang berkata, taman peringatan itu turut
menempatkan muzium, replika kapal, replika sauh, makam dan arca yang
menceritakan kisahnya daripada kecil sehingga bergelar laksamana.

Kisah kehidupan

"Kini ia merupakan antara tarikan pelancongan utama di Jinning. Pada
11 Julai setiap tahun iaitu sempena Hari Peringatan Cheng Ho, kawasan
sekitarnya meriah dengan karnival jualan, acara hiburan dan
bermacam-macam lagi," cerita pesara kerajaan itu.

Tambah Nor Sakinah, tarikan utama di situ ialah Muzium Cheng Ho yang
menempatkan pelbagai senjata, pakaian, peta pelayaran dan dokumen yang
menceritakan kisah kehidupan dan pelayarannya satu ketika dahulu.



QUEE YEE menyatakan penjelajahan Cheng Ho turut mengembangkan kosa kata Cina-Melayu ke rantau ini.



"Kami diberitahu kebanyakan bahan-bahan bersejarah yang tersimpan di
situ disumbangkan oleh waris-waris keturunan Cheng Ho termasuk Ng
Liang," katanya.

Sementara itu, Arina pula memberitahu, selain berpeluang bertemu
waris keturunan Cheng Ho, mereka juga sempat melihat dan meninjau
kehidupan masyarakat Islam di sekitar Guangzhou dan Yunnan.

"Di Guangzhou misalnya, Islam sangat subur dengan kehadiran banyak
masjid yang bukan sekadar menjadi tempat ibadat semata-mata, malah punca
rezeki kepada peniaga-peniaga kecil.

"Kami juga sempat menemui beberapa imam masjid di sana di samping
melawat makam salah seorang sahabat Rasulullah SAW, Sa'ad ibn Abi
Waqqas," katanya.

Sa'ad merupakan bapa saudara Nabi Muhammad di sebelah ibunya iaitu
Aminah Wahab, suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Mekah. Sa'ad
memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun.

Ketika pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga, Uthman bin Affan,
Sa'ad dilantik mengetuai rombongan umat Islam ke tanah besar China untuk
menyebarkan agama Islam. Sa'ad dikenali sebagai perintis kepada tamadun
Islam di China.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum