Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Johor Darul Takzim tersentap

View previous topic View next topic Go down

Johor Darul Takzim tersentap

Post by Park Deen on Sat Dec 29, 2012 2:57 am





Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


BARISAN pemain Johor bersorak
gembira selepas menjuarai Piala Tunku Mahkota Johor di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos, Larkin malam tadi.




APA sudah jadi dengan pasukan Johor Darul Takzim?Meskipun dilabel
pasukan paling mahal dengan dibarisi pemain-pemain berstatus bintang, ia
bukan jaminan buat mereka meraih kejayaan.

Ia terbukti apabila skuad kendalian Fandi Ahmad itu gagal menjulang Piala Tunku Mahkota Johor.

Tampil beraksi sebagai pasukan pilihan di pentas final malam tadi,
Johor Darul Takzim terpaksa akur dengan kehebatan ‘rakan sebumbung’,
Johor apabila tewas 1-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos, Larkin.

Beraksi di hadapan lebih 30,000 penonton, pasukan Johor Darul Takzim ternyata gagal untuk mempamerkan aksi meyakinkan.

Sebaliknya, pasukan Johor dilihat menampilkan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung.

Johor Darul Takzim memiliki peluang untuk menjaringkan gol pertama
seawal minit kelima, namun sepakan percuma yang dilakukan bekas
penjaring terbanyak Liga Sepanyol, Daniel Guiza gagal menembus benteng
pertahanan lawan.

Gawang Johor Darul Takzim nyaris bolos pada minit ke-33 apabila
penjaga gol, Mohd. Al-Hafiz Hamzah gagal menangkap kemas percubaan
pemain import Johor, Muriel Juan Orlando sebelum rakan sepasukannya,
Andre Francisco De Silva melakukan tendangan yang melepasi palang gol.

Gol pertama Johor Darul Takzim hadir seminit sebelum babak pertama
berakhir setelah Nurul Azuan Roya melepaskan rembatan kencang
menggunakan kaki kiri bagi menewaskan penjaga gol, Muhammad Syamim
Othman.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan ke kubu lawan masing-masing.

Usaha Johor akhirnya mendatangkan hasil apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-56 menerusi tandukan Orlando.

Orlando kemudiannya mengesahkan kemenangan buat Johor selepas
menjaringkan gol kedua melalui rembatan dari luar kotak penalti yang
gagal ditampan Mohd. Al-Hafiz pada minit ke-76.

Dengan kejayaan tersebut, pasukan Johor merangkul hadiah wang tunai
RM20,000 dan trofi manakala Johor Darul Takzim pula menerima wang tunai
RM10,000.

Pahang pula menduduki tempat ketiga pada kejohanan jemputan empat
penjuru itu selepas menewaskan wakil Singapura, Woodlands Wellington 6-0
di Padang Seri Gelam, Johor Bahru semalam.

Kemenangan tersebut sekali gus berjaya menebus kembali kekecewaan Pahang apabila tewas 0-3 kepada Johor dalam aksi sebelum ini.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan sendiri oleh Presiden
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2GOV6VxCK

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum