Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Malaysia bermula langkah kanan

View previous topic View next topic Go down

Malaysia bermula langkah kanan

Post by Park Deen on Sat Dec 29, 2012 2:55 am





Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


NAJMUDDIN (tengah) meraikan
jaringannya ketika menentang Slavia Praha pada aksi pembukaan Kumpulan A
FIC 2012 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya
semalam.




SKUAD Bawah 15 (B-15) tahun Malaysia bermula garang apabila
membelasah kelab Republik Czech, Slavia Praha 5-0 dalam aksi pembukaan
Kumpulan A Kejohanan Bola Sepak Piala Antarabangsa Frenz (FIC) 2012 di
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya semalam.

Muhammad Najmuddin Samat muncul sebagai wira skuad B-15 Malaysia apabila meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-26 dan 40.

Muhammad Shahrul Akmal Md. Adnan, Kogileswaran Raj, Ahmad Firdaus
Ismail turut mencetak nama selaku penjaring apabila masing-masing
menyumbang satu gol.

Biarpun bermula dengan langkah kanan, jurulatih skuad B-15 Malaysia,
S. Balachandran berkata, beliau tidak mahu anak-anak buahnya terlalu
cepat berpuas hati.

Pada masa yang sama, Balachandran menjelaskan bahawa beliau masih
dalam proses mengenal pasti pemain-pemain bagi menghadapi Kejohanan
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-15 pada Februari tahun depan.

“Saya berpuas hati dengan aksi hari ini (semalam) tetapi untuk
perlawanan seterusnya nanti, saya akan menukar beberapa lagi pemain
untuk memberi peluang kesemua pemain menunjukkan bakat mereka.

“Tujuan utama kami menyertai kejohanan ini adalah untuk memilih
pemain-pemain terbaik untuk diserapkan dalam skuad utama Harimau Muda
B,” kata Balachandran.

Sementara itu, jurulatih Slavia Praha, Vyhnal Pavel pula berkata,
barisan pemainnya terlalu banyak melakukan kesilapan mudah yang
menyumbang kepada kekalahan besar tersebut.

“Kami akan memperbaiki segala kelemahan yang saya sudah kenal pasti dan akan bangkit dalam perlawanan seterusnya.

“Bermain dalam cuaca panas di sini (Malaysia) tidak memberi sebarang
masalah kepada pasukan saya tetapi keadaan itu sedikit mengganggu kerana
pemain-pemain saya cepat penat.

“Apa-apa pun, tahniah kepada pasukan atas kemenangan dengan jurang yang besar. Ini satu permulaan yang baik,” kata Pavel.

Slavia Praha tampil dengan reputasi tinggi pada kejohanan ini selepas
kejayaan mereka menjulang Piala Barcelona di Sepanyol baru-baru ini.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, Frenz United Malaysia juga
memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan kelab Korea
Selatan, Incheon Selection 3-2.

Gol-gol Frenz United Malaysia dijaringkan oleh Ruzaini Rusli pada minit kelapan dan Mohammad Haziq Hossain (14 dan 26).

Myung Seong dan Choo Min Yeol masing-masing menjaringkan satu gol buat Incheon Selection.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2GOUbvdsa

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum