Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

FAM tak layan rayuan - Hamidin

View previous topic View next topic Go down

FAM tak layan rayuan - Hamidin

Post by Park Deen on Sat Dec 29, 2012 2:54 am





Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


STADIUM Shah Alam menepati piawaian FAM kerana memiliki sekurang-kurangnya lampu limpah dengan tahap kecerahan lebih 1,000 lux.




NAMPAK gayanya, harapan segelintir peminat untuk menyaksikan pasukan
kesayangan mereka beraksi pada waktu malam dalam saingan Liga Malaysia
(Liga M) musim depan tidak kesampaian.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan tidak akan
melayan rayuan mana-mana pasukan yang terpaksa beraksi pada waktu petang
gara-gara stadium mereka tidak menepati piawaian yang ditetapkan badan
induk itu sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk
Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya kekal dengan keputusan sebelum ini
dan tidak akan melayan rayuan mana-mana pasukan terlibat.

"Kami perlu bertindak tegas dan kekal dengan keputusan yang diambil sebelum ini.

"Justeru, tiada sebarang tarikh rayuan akan diberikan kepada
mana-mana pasukan yang terlibat dan mereka akan kekal beraksi pada waktu
petang," katanya kepada Kosmo! semalam.

Begitupun, Hamidin menegaskan mana-mana pasukan boleh kembali beraksi
pada waktu malam setelah menaik taraf stadium masing-masing seperti
mana yang sedang dilakukan di Stadium Perak, Ipoh.

"Tiada masalah (kembali menukar venue perlawanan) ke stadium asal
jika piawaian itu kembali dipenuhi mana-mana pihak pengurusan stadium.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini bukan hukuman kepada
mereka yang tidak menepati piawaian tetapi kita perlu ada standard agar
ia setaraf dengan tahap kecerahan peringkat antarabangsa menjelang 2015
iaitu 1,200 lux.

"Pada masa sama, tidak ada salahnya beraksi pada waktu petang kerana
ia biasa dilakukan pada temasya yang jauh lebih besar seperti Olimpik,
Asia dan mana-mana kejohanan utama.

"Saya tidak rasa ia akan menjatuhkan keupayaan ataupun menjejaskan
kemampuan mana-mana pasukan yang terpaksa beraksi pada waktu petang,"
jelasnya.

Kelmarin, Hamidin menerusi sidang akhbarnya di Wisma FAM memberitahu
hanya tujuh stadium sahaja yang menepati piawaian memiliki
sekurang-kurangnya lampu limpah dengan tahap kecerahan lebih 1,000 lux
jika ingin mengadakan perlawanan pada sebelah malam berdasarkan
peraturan 2013-2014.

Tujuh stadium terbabit ialah Stadium Shah Alam; Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu; Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi; Stadium
Darul Makmur, Kuantan; Stadium Negeri, Kuching; Stadium Darul Aman, Alor
Setar dan Stadium Jalan Besar, Singapura.

Begitupun, beberapa stadium lain seperti Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Kuala Terengganu; Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin; Stadium
Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Stadium Perak, Ipoh dan Stadium Hang
Jebat, Melaka gagal memenuhi piawaian yang ditetapkan FAM.

Perlawanan sebelah malam akan diadakan seperti biasa seperti sebelum
ini iaitu pukul 8.45 malam manakala stadium yang tidak menepati piawaian
akan diadakan pukul 4.45 petang.

avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum