Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kahwin 5 tiada dialog lucah

View previous topic View next topic Go down

Kahwin 5 tiada dialog lucah

Post by Park Deen on Thu Dec 27, 2012 6:08 am

-Kosmo




TENAGA lakonan utama filem Kahwin 5 diterajui oleh Usop Wilcha.




FILEM tempatan hanya untuk tontonan penonton berumur 18 tahun ke
atas. Itu fakta utama filem berjudul Kahwin 5. Ia mengisahkan tentang
seorang usahawan kaya bernama Dr. K yang telah berkahwin empat orang dan
secara tidak langsung terlibat dengan komplot seorang gadis bernama
Fara yang memaksanya untuk berkahwin lagi seorang.

Apabila judulnya sudah memaparkan perkataan kahwin, sudah pasti isi
kandungannya meliputi isu-isu berkaitan alam perkahwinan dan rumah
tangga.

Konteks yang lebih jelas, tentunya akan ada dialog atau aksi yang
memaparkan hubungan intim atau romantis antara suami dan isteri.

Disebabkan itu, klasifikasi filem Kahwin 5 juga diletakkan di bawah 18sx iaitu untuk tontonan 18 tahun ke atas.

Menjawab mengenai keberanian mempertaruhkan sebuah filem tempatan
berbahasa Melayu yang adakalanya dilihat melanggar norma penonton di
Malaysia, kata pengarahnya, Nizam Zakaria, dia sudah bersedia dengan
sebarang kemungkinan selepas ini.

"Saya akan menjawab sejujur mungkin dan bertanggungjawab atas
tindakan ini. Mengambil kira pandangan pengkarya sebelum ini, saya
berpegang pada prinsip jika kita tidak berani mencetuskan polemik
janganlah berani berkarya kerana dari situ datangnya idea," jelasnya
yang ditemui ketika tayangan perdana filem Kahwin 5 di Cineleisure,
E@Curve, Mutiara Damansara baru-baru ini.

Tambah Nizam, dia tidak melihat klasifikasi yang diberikan untuk
filem kedua arahannya itu sebagai masalah atau suatu isu yang perlu
diperbesarkan.

"Sasaran saya adalah penonton golongan dewasa yang merasakan diri
mereka terpinggir apabila kita selalu menerbitkan filem-filem yang
fokusnya hanya untuk golongan remaja sahaja.

"Saya tidak pernah fikirkan filem arahan saya untuk mendapat pulangan
berlipat kali ganda atau dialog yang bersifat kontroversi, asalkan
mampu menghiburkan penonton yang membeli tiket wayang," katanya yang
kecewa dengan lambakan filem bercorak klise di pasaran semasa tempatan.

Katanya, pelakon dan penerbit telah bersetuju mengenai skrip dan aksi
yang terkandung dalam Kahwin 5 sebelum memulakan penggambaran sekitar
awal tahun ini.



ANZALNA (kanan) dan Marsha merupakan antara pelakon watak penting filem Kahwin 5.




Biarpun tiada dialog yang secara langsung menyebut perkataan lucah
atau terlalu sensitif, masih ada antara dialognya terkandung mesej dwi
makna.

Jelas Nizam, kebanyakan dialog yang dituturkan oleh barisan pelakon
Kahwin 5 bersifat tokok tambah walaupun tiada dalam skrip agar babak
tidak terlalu kaku dan mendatar.

"Kalau kita letakkan kekangan dalam karya seni, sudah pasti daya
kreativiti kita akan tersekat dan mesej tidak sampai kepada penonton.
Jadi saya berikan kebebasan kepada para pelakon untuk mempersembahkan
hasil terbaik. Sefaham saya tiada langsung dialog lucah yang dituturkan
dalam filem Kahwin 5," ujar Nizam lagi.

Menyokong hujah yang diberikan Nizam, kata Norish Karman yang
merupakan salah seorang pendukung watak utama filem itu, Kahwin 5
merangsang orang luar untuk melihat mutu kerja pengkarya tempatan.

"Tidak perlu timbul isu 18sx kerana filem ini dikhususkan untuk
golongan ibu bapa yang akan masuk ke pawagam untuk menonton tanpa
anak-anak dan pulang ke rumah menceritakan semula kepada anak-anak
mereka," celahnya.

Menarik mengenai filem Kahwin 5, pengarahnya turut mengetengahkan
empat dialek berbeza dari negeri Kelantan, Perak, Sabah dan Negeri
Sembilan bagi memperlihatkan kepelbagaian.

Kahwin 5 menampilkan barisan pelakon seperti Usop Wilcha, Fizz
Fairuz, Sofi Jikan, Anzalna Nasir, Dian P.Ramlee, Adrea Abdullah, Norish
Karman dan Marsha Milan Londoh.

Filem terbitan Showbiz Productions itu mula ditayangkan di pawagam
seluruh negara bermula hari ini, 27 Disember 2012. - KHAIRUL AMRI HASSAN


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2GDZorRor

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum