Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Victoria tak laku

View previous topic View next topic Go down

Victoria tak laku

Post by Park Deen on Wed Dec 26, 2012 11:41 am

-Kosmo




VICTORIA BECKHAM




HARI ini, Victoria Beckham merupakan wanita yang paling dicemburui banyak wanita lain di seluruh dunia.

Selain begitu masyhur sebagai anggota grup Spice Girls, selebriti dan
ikon fesyen, Victoria yang dikenali sebagai Posh Spice punya sebab
utama untuk dicemburui iaitu sebagai isteri kepada pemain bola sepak
terkenal, David Beckham.

Bagaimanapun, Victoria yang kini merupakan ibu kepada empat cahaya
mata itu memberitahu bahawa sebelum bercinta dengan Beckham, tidak ada
lelaki yang sudi menjadi kekasihnya.

"Sewaktu saya bersama grup Spice Girls, khalayak melihat kami begitu popular dan dikejar banyak lelaki.

"Sayangnya, saya tidak bernasib baik dalam bab bercinta. Tak ada lelaki yang mahu menjadi kekasih saya," ujar Victoria.

Walaupun tidak didekati oleh lelaki, ternyata penantian cinta wanita
berusia 38 tahun itu berbaloi apabila Beckham tertarik kepadanya.

Mereka mula bercinta pada tahun 1997 dan berkahwin dua tahun
kemudian. Pasangan Victoria dan Beckham kini memiliki tiga anak lelaki
iaitu Brooklyn, Romeo dan Cruz serta seorang anak perempuan, Harper
Seven.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2G94mQWXl

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum