Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tiga pemain tercicir

View previous topic View next topic Go down

Tiga pemain tercicir

Post by Park Deen on Wed Dec 26, 2012 11:19 am

-Kosmo

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


THAMIL Arasu (depan) antara pemain yang masih dibelanggu masalah kecederaan.



SEKURANG-KURANGNYA tiga pemain Harimau Muda dijangka terlepas peluang keemasan 'berguru' di Australia, Januari depan.

Ketiga-tiga pemain tersebut iaitu Fandi Othman, A. Thamil Arasu dan
Syahrul Azwari Ibrahim masih dibelenggu kecederaan dan dijangka tidak
menyertai skuad Harimau Muda yang dijadualkan berlepas ke bumi kanggaru
itu pada 23 Januari nanti.

Begitupun, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee memberitahu, ketiga-
tiga pemain itu masih berpeluang menyertai rakan- rakan sepasukan yang
lain jika pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

"Buat masa ini kecederaan yang dialami Fandi, Thamil dan Syahrul
masih serius dan mungkin tidak akan menyertai Harimau Muda ke Australia.

"Tetapi jika mereka kembali cergas sebelum tempoh itu, tidak mustahil mereka akan menyertai kami," kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Menurut beliau, senarai akhir pemain yang bakal terbang ke Australia juga dijangka diketahui selewat-lewatnya 20 Januari depan.

Buat masa ini katanya, terdapat beberapa pemain lain yang turut
berada dalam senarai kecederaan seperti Irfan Fazail, Rozaimi Abdul
Rahman dan Ahmad Hazwan Bakri.

"Begitupun, kecederaan yang dialami Irfan, Rozaimi dan Ahmad Hazwan
dilihat tidak begitu serius dan dijangka tidak berdepan masalah
menyertai kami ke sana," kata Kim Swee.

Skuad Harimau Muda bakal berlepas ke Kuching esok bagi berdepan
Sarawak dalam satu aksi persahabatan di Stadium Negeri, Jumaat ini.

Ia merupakan aksi persahabatan ketiga Harimau Muda sebagai persiapan
awal mempertahankan emas temasya Sukan SEA di Myanmar tahun depan.

Sebelum ini, anak-anak buah Kim Swee sekadar melakar keputusan seri
dengan Sarawak 1-1 di Port Dickson sebelum bangkit mengatasi Sime Darby
dengan keputusan 2-1 di Wisma FAM, Ahad lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2G8zJZxag

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum