Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kim Swee ketepi hal peribadi

View previous topic View next topic Go down

Kim Swee ketepi hal peribadi

Post by Park Deen on Wed Dec 26, 2012 11:06 am

Kim Swee ketepi hal peribadi (KOSMO)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (kiri) lebih mengutamakan
misi untuk memburu pingat emas acara bola sepak pada temasya Sukan SEA
di Myanmar tahun depan.




TAHUN lalu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menerima hadiah
hari jadi paling bermakna apabila skuad kendaliannya berjaya
mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia.

Setahun dari sekarang, tidak mustahil skrip yang lebih kurang sama juga bakal dialami Kim Swee menjelang Sukan SEA di Myanmar.

Apa yang pasti, tarikh 11 Disember 2013 pastinya menjadi hari yang
cukup istimewa buat beliau jika anak-anak buahnya berjaya melakar hatrik
pada temasya dwitahunan itu.

Sedar ia sesuatu yang cukup indah, Kim Swee, 42, sebaliknya enggan
memikirkan sentimen peribadi dan kekal fokus untuk memburu emas bola
sepak yang ketujuh buat Malaysia sejak temasya itu diperkenalkan pada
1959 (dahulunya dikenali sebagai Sukan SEAP).

“Jika melihat jadual asal acara bola sepak bagi temasya 2013, memang
sekitar waktu itu (11 Disember) perjuangan Harimau Muda bermula bagi
mempertahankan emas.

“Sudah tentu ia hadiah hari jadi yang cukup istimewa buat saya jika
kami sekali lagi mengulangi kejayaan seperti mana tahun lalu.

“Cuma bagi saya, ia lebih bermakna buat seluruh rakyat Malaysia jika
kami berjaya mempertahankan pingat emas dan bukan semata-mata kerana
saya seorang.

“Jadi, ada baiknya saya kekal fokus memburu emas untuk Malaysia,
bukan untuk diri saya sendiri,” kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini berjaya menggenggam ‘ibu’ segala emas itu pada temasya 1961, 1977, 1979, 1989, 2009 dan 2011.

Skuad Thailand pula masih merupakan pemenang emas terbanyak dalam
acara bola sepak temasya terunggul di rantau Asia Tenggara itu apabila
muncul juara sebanyak 13 kali, selain turut memegang rekod muncul juara
lapan kali berturut-turut dari edisi 1993 hingga 2007.

Mengulas lanjut, Kim Swee sekali lagi menegaskan, kemampuan sebenar
anak-anak buahnya melakar sejarah hatrik bakal diketahui kira-kira tiga
bulan sebelum temasya bermula.

“Tidak ada lagi eksperimen pemain ketika tiga bulan terakhir,
sebaliknya ketika itu saya yakin sudah mengenal pasti sistem atau
kelemahan pasukan sebelum memulakan misi di Myanmar.

“Reputasi selaku juara bertahan juga bukan jaminan kerana skuad kali ini bukan lagi skuad yang sama seperti mana tahun lalu.

“Jadi, saya harap kesinambungan kejayaan mempertahankan emas Sukan
SEA mampu direalisasikan dengan syarat pemain tahu apa yang perlu mereka
lakukan,” tegas Kim Swee.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2G8wN0ZtO

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum