Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kim Swee belum puas hati

View previous topic View next topic Go down

Kim Swee belum puas hati

Post by Park Deen on Tue Dec 25, 2012 2:59 am

Kim Swee belum puas hati (Komo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


TUGAS mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA 2013 menjadi keutamaan skuad Harimau Muda Malaysia.




PERASAAN terlalu mudah berpuas hati bagaikan tidak wujud dalam kamus kehidupan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee .

Biarpun berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas Sime Darby dalam satu
aksi persahabatan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin,
masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki anak-anak buah beliau
menjelang misi mempertahankan emas temasya Sukan SEA di Myanmar tahun
depan.

Menurut Kim Swee, biarpun anak-anak buahnya dilihat semakin membentuk
kombinasi yang baik, masih terdapat kelemahan individu yang perlu
diperbaiki, terutamanya pada bahagian serangan.

"Kombinasi yang semakin baik ditunjukkan oleh pemain ketika menewaskan Sime Darby.

"Namun, beberapa kelemahan individu perlu diperbaiki agar pergerakan
lebih teratur, terutamanya ketika menyerang," kata Kim Swee menerusi
Twitter peribadinya semalam.

Dalam perlawanan itu, Sime Darby terlebih dahulu di depan menerusi
sepakan penalti Karlo Primorac pada pertengahan babak pertama.

Begitupun, Harimau Muda kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi
tandukan Wan Zack Haikal Wan Nor sebelum sepakan percuma D. Saarvindran
menjamin kemenangan bergaya skuad muda negara.

Ia merupakan aksi persahabatan kedua skuad kendalian Kim Swee selepas seri 1-1 dengan Sarawak di Port Dickson minggu lalu.

Selepas ini, skuad Harimau Muda bakal berlepas ke Kuching untuk
sekali lagi berdepan Sarawak dalam satu lagi aksi persahabatan di
Stadium Negeri, Jumaat ini.

Ia merupakan aksi persahabatan pemanas badan skuad Harimau Muda sebelum berlepas ke Australia, Januari depan.

Kim Swee memberitahu, kesemua pemain diberikan cuti rehat sehingga esok sempena sambutan Krismas hari ini.

"Begitupun, pemain yang cedera harus meneruskan rehabitilasi," katanya.

Difahamkan, antara pemain yang masih dibelenggu kecederaan ketika ini
termasuklah Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim dan A. Thamil Arasu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2G15a5nN8

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum