Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Amy, Inka kembali bertaut

View previous topic View next topic Go down

Amy, Inka kembali bertaut

Post by Park Deen on Sun Dec 23, 2012 10:12 am

Amy, Inka kembali bertaut (kosmo)





AMY (kiri) dan Inka merancang untuk tampil dengan lagu duet baharu.



BARANGKALI kisah permulaan karier seni penyanyi popular Indonesia,
Inka Christie yang berjaya menggapai cita-citanya menjadi teman duet
legenda rock Malaysia, Amy Search sudah pernah diceritakan dua dekad
yang lalu.

Namun, sekadar untuk mengimbas kembali nostalgia silam, Inka asalnya bermula sebagai peminat fanatik Amy dan kumpulan Search.

Ketika masih menuntut di sekolah menengah, Inka pernah menyuarakan
keinginan untuk berduet dengan Amy yang disifatkan seorang penyanyi rock
yang memiliki karisma dan keunggulan tersendiri.

Mendengar hasrat anaknya itu, si ibu mengingatkan anaknya, kalau minat kepada Amy sekalipun, pastikan sampai tidak menjadi gila.

Bukan sahaja ibunya, bahkan rakan-rakan di sekeliling Inka turut mentertawakannya sehingga melabelnya sebagai syok sendiri.

Masakan tidak, ketika itu dia masih lagi remaja yang belum didedahkan
secara profesional dalam industri muzik tetapi sudah memiliki hajat
yang luar biasa.

Tetapi, nasib dan tuah orang tiada siapa yang tahu. Begitu juga yang
terjadi kepada Inka atau nama sebenarnya Rinni Chries Hartono.

Syarikat rakaman yang dinaunginya menguruskan satu perancangan yang
tidak diketahuinya. Apa yang dimaklumkan kepada Inka, dia harus ke Kuala
Lumpur untuk menjalani rakaman sebuah lagu.

Tanpa mengetahui apa lagu dan siapa teman duetnya, Inka berkunjung ke
kota metropolitan itu sebagai memenuhi kontrak bersama syarikat
rakaman.

"Yang mengejutkan saya apabila tiba di studio, saya diberitahu teman
duet saya ialah Abang Amy. Saya seperti bermimpi apa benar angan-angan
saya menjadi kenyataan?

"Mendengar nama Amy sahaja, saya terus tidak berfikir panjang dan
melakukan rakaman lagu Cinta Kita dengan sebaik mungkin. Perancangan
syarikat rakaman ketika itu bagaikan satu anugerah yang paling indah
buat saya," kata Inka mengimbas kembali pengalaman digandingkan dengan
Amy.

Biarpun begitu, tentu sekali tidak ramai yang mengetahui bahawa
rakaman lagu itu diadakan secara berasingan antara Amy dan Inka. Bahkan,
apa yang mungkin mengejutkan juga, Amy dan Inka hanya 'bersatu' dalam
lagu.

Selepas 22 tahun usia lagu itu, Amy dan Inka juga tidak pernah digandingkan di pentas yang sama.

Cuma baru-baru ini, pasangan itu diundang oleh syarikat perladangan
terkemuka di Indonesia, PT Minamas Gemilang untuk ditemukan semula dalam
siri konsert Ekspresi Karya Gemilang di Jakarta, Pekanbaru dan
Banjarmasin.

Selain Amy, Malaysia turut diwakili oleh dua artis ternama lain iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Shila Amzah.

Bagaikan drama Jejak Kasih, Amy dan Inka bertemu dalam suasana yang cukup harmoni dan mesra.

"Saya begitu teruja dan gembira sekali kerana selepas 22 tahun, akhirnya kami berkongsi pentas menyampaikan lagu Cinta Kita.

"Momen ini terlalu indah untuk saya kenang buat selama-lamanya. Bagi
saya abang Amy masih hebat dan unggul sebagai penyanyi rock," kata Inka
bercerita mengenai kekagumannya terhadap legenda negara itu.

Andai Inka berpendapat, pengalaman di Jakarta, Pekanbaru dan
Banjarmasin sebagai momen terindah dalam kerjaya seninya, Amy pula
menyifatkan pertemuan itu mencipta sejarah tersendiri kepada beliau.

"Siapa sangka selepas 22 tahun, kami ditemukan semula. Ajaib bukan?
Inilah uniknya muzik. Sejarah ini akan saya kenang sampai bila-bila.

"Kembali berduet dengan Inka menyebabkan saya seperti kembali ke era
kegemilangan Search dulu dan terasa seperti kembali muda," ujar Amy
dalam nada berseloroh.

Pada kemunculan di ketiga-tiga lokasi konsert berkenaan, Amy dan Inka
ternyata diterima dengan senang sekali oleh seluruh penonton.

Bahkan, ramai yang menjerit nama mereka berdua dan meminta pasangan itu menyampaikan lagu Cinta Kita.

"Saya bangga dengan peminat-peminat yang sampai saat ini masih lagi
mengingati lagu Cinta Kita. Saya sangat terharu," sambung Inka lagi.

Berdasarkan sambutan luar biasa itu, Amy dan Inka sepakat merancang
untuk menerbitkan lagu baharu pada masa depan sebagai mengubat kerinduan
peminat-peminat di dua negara itu.

"Tentu sekali saya mahu kembali ke studio rakaman untuk menghasilkan
lagu baharu bersama Inka," Amy menyuarakan keinginan masa depannya.

Biar sekadar lagu Cinta Kita yang menggandingkan mereka di konsert
berkenaan, nyata ia sudah cukup memberi makna yang besar kepada
peminat-peminat fanatik kedua-dua penyanyi itu.

Keunggulan Amy dan Isabella



GRUP Radja dari Indonesia berkesempatan berkongsi pentas dengan Amy Search (tengah).




Tinggalkan seketika kisah Inka dan Amy kerana ada satu lagi catatan
yang cukup indah mahu dikongsi dengan pembaca akhbar ini mengenai
penangan lagu Isabella di Indonesia.

Kalau ada yang beranggapan, Amy dan Search sudah tidak lagi popular, telahan anda sama sekali tidak benar.

Ketika muzik Indonesia membanjiri pasaran muzik Malaysia, ada satu
perkara yang boleh menjadi kebanggaan setiap rakyat Malaysia mengenai
kemasyhuran Amy dan Search di tanah Jawa itu.

Lagu Isabella sebetulnya masih mempunyai pengaruh yang sangat hebat di negara berkenaan.

Bahkan, apa yang mengejutkan juga, bukan hanya peminat seni yang
pernah membesar dengan lagu itu sahaja yang meminatinya. Sebaliknya,
anak-anak kecil dan remaja juga mampu menyanyikan baris-baris lirik lagu
itu dengan lancar.

Melihat senario itu, Amy menyifatkan, masa depan muzik Malaysia
sebetulnya masih lagi cerah di Indonesia seandainya formula yang
digunakan menepati kehendak selera muzik di sana.

"Inilah uniknya sifat muzik. Lagu Isabella sudah saya popularkan
hampir 20 tahun lalu. Ketika kemuncak lagu itu saya pernah berkunjung ke
Indonesia untuk mempromosikannya.

"Kali ini, selepas lebih dua dekad saya kembali lagi dan lagu
Isabella masih diminati. Yang peliknya, remaja belasan tahun juga
meminati dan meminta saya menyanyikan lagu itu," ujar seniman legenda
itu lagi.

Dari satu aspek, selain formula lagu yang berkualiti, seperkara yang
dilihat menjadi faktor kenapa Amy disenangi ramai juga ialah kerana
sifat rendah dirinya.

Pada konsert Eskpresi Karya Gemilang, penghibur Indonesia yang turut
serta ialah kumpulan Ungu, Armada, Radja bahkan Rossa, mereka juga
sangat mengagumi Amy.

Ikatan setiakawan antara golongan artis dua negara itu dilihat begitu akrab dan saling menghormati antara satu sama lain.

"Muzik memiliki nilai perpaduan dan kecintaan yang unik dan luar
biasa. Kalau muzik boleh merapatkan golongan artis, tidak ada sebab
kenapa muzik juga tidak boleh mengakrabkan bangsa Malaysia dan
Indonesia," jelas Amy.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_06.htm#ixzz2FrB3EiP7

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum