Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Gangnam Style lakar sejarah

View previous topic View next topic Go down

Gangnam Style lakar sejarah

Post by Park Deen on Sun Dec 23, 2012 10:05 am

Gangnam Style lakar sejarah (kosmo)





PSY beraksi di konsert Jingle Ball tajaan stesen radio KIIS FM di Los Angeles, California pada 3 Disember lalu.




SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menyambut gembira kejayaan
klip video lagu tarian kudanya, Gangnam Style yang mencecah angka satu
bilion tontonan di laman perkongsian video YouTube semalam.

Gangnam Style mencipta sejarah apabila menjadi klip video pertama melepasi angka 10 digit berkenaan.

Lagu Gangnam Style yang dimuat naik di laman web berkenaan pada 15
Julai lalu mencecah angka satu bilion tontonan sekitar pukul 11.50 malam
waktu Malaysia kelmarin.

Setakat pukul 2.30 petang semalam, lagu rap popular itu sudah ditonton sebanyak 1,010,321,921 kali.

"Gangnam Style akhirnya menjadi #BillionStyle!!!" kata Psy di laman Twitternya berhubung pencapaian tersebut.

Antara mereka yang pertama mengucapkan tahniah kepada Psy, 34,
berhubung kejayaannya termasuk bintang rap era 90-an yang popular dengan
lagu U Can't Touch This, Mc Hammer.

Psy mengucapkan terima kasih kepada pengurus baharunya Scooter Braun kerana membantu mempromosikan klip video lagu berkenaan.

"Saya mencipta 100 juta (tontonan) dan anda mencipta 900 juta lagi,
saudaraku yang berlainan ibu (Braun)," kata Psy di laman Twitternya.

Braun turut menguruskan bintang pop kelahiran Kanada, Justin Bieber
yang sebelum ini mengungguli senarai tontonan terbanyak di YouTube
menerusi lagunya, Baby.

Bieber masih di tempat kedua apabila lagu popular itu mencatat lebih 813 juta tontonan setakat ini.

Laman web agensi carta lagu Amerika Syarikat, Billboard.com pula
melaporkan lagu Gangnam Style menjana perolehan AS$2,000,000 (RM6.1
juta) daripada siarannya di YouTube atau pada kadar AS$2 untuk setiap 10
tontonan.

Pendapatan daripada muat turun lagu digital lagu 'panas' itu kini
mencecah angka AS$6.01 juta (18.3 juta) sejak lima bulan lalu. - AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2Fr9nwLZ7

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum