Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Anne Ngasri sah jadi isteri Sumali

View previous topic View next topic Go down

Anne Ngasri sah jadi isteri Sumali

Post by Park Deen on Sun Dec 23, 2012 10:02 am

Anne Ngasri sah jadi isteri Sumali (KOSMO)



Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


MOHD. Sumali (kiri) mencium dahi
isterinya, Anne bagi membatalkan air sembahyang selepas majlis
pernikahan mereka di Pontian, Johor semalam.




PONTIAN – Pelakon Anne Ngasri akhirnya sah menjadi isteri kepada
Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis yang
diadakan di Homestay Citra, Kampung Parit Pinang, Benut di sini
semalam.

Dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan seutas gelang tangan emas,
pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Kadi Daerah Segamat, Abdul
Mutalib Abdul Rahim tepat pukul 11.10 pagi semalam.

Mohd. Sumali, 40, yang telah menduda sejak tiga tahun lalu sebelum
ini sah bergelar suami kepada Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri,
26, dengan sekali lafaz sahaja.

Pada majlis itu, pengantin bertukar-tukar hantaran iaitu lima dulang
daripada Mohd. Sumali dan Anne juga membalas dengan lima dulang
hantaran. Wang hantaran pula berjumlah RM11, 111.11.

“Syukur Alhamdulillah kerana penantian saya selama tiga tahun
berakhir apabila saya ditemukan dengan lelaki yang terbaik iaitu Sumali
yang sudah sah menjadi suami saya," kata Anne. Sebelum ini, selain
pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi kelahiran Singapura,
Aliff Aziz, pelakon berkenaan juga pernah mendirikan rumah tangga dengan
Abdul Wafi Hassan pada 2006, namun kedua-duanya bercerai empat tahun
kemudian.

Sepanjang berkahwin mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4, dan Nazhara Afroza, 1.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2Fr8Ws6qH

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum