Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Dari bandar pencen ke bandar diraja

View previous topic View next topic Go down

Dari bandar pencen ke bandar diraja

Post by Park Deen on Sat Dec 22, 2012 5:31 am

Dari bandar pencen ke bandar diraja (Kosmo)









SUDAH lebih setengah abad, Hairudin Jaafar menetap di Muar. Sebagai
anak jati bandar itu, dia sedikit pun tidak terlintas untuk berhijrah ke
tempat lain.

Baginya, tiada tempat yang lebih baik daripada Muar. Muar atau
sinonim dengan panggilan Bandar Maharani sudah sebati dengan diri dan
keluarganya.

Telinganya juga sudah lali mendengar kata-kata sinis masyarakat luar
yang menggelar tempat tumpah kelahirannya sebagai bandar pencen yang
tidak bernyawa. Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu juga tidak kisah
dengan pandangan masyarakat berhubung tanah kelahirannya.

Namun, pada 24 November lalu mencatatkan sejarah tersendiri apabila
status bandar pencen bertukar kepada bandar diraja. Sekalian penduduk
Muar termasuk Hairudin berbesar hati dengan pengisytiharan yang dibuat
secara rasmi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum
Sultan Iskandar di Dataran Tanjung Emas baru-baru ini.

Lebih bermakna, pengumuman itu bersempena dengan sambutan ulang tahun baginda yang ke-54 pada 22 November lalu.

"Alhamdullillah, siapa sangka segalanya berubah sekelip mata? Jika
saya sebagai anak Muar berbangga melihat perkembangan bumi Maharani yang
semakin pesat membangun, apatah lagi orang luar yang baru datang ke
sini," kata anak kelahiran Parit Jawa, Muar itu.

Riak wajahnya penuh kebanggaan. Ujar bapa kepada tiga orang anak itu,
selaku orang lama dirinya menjadi saksi kepada perkembangan daerah yang
berkeluasan 2346.12 kilometer persegi itu.

Menurut beliau, beberapa dekad lalu, feri merupakan pengangkutan
utama masyarakat Muar. Pada masa dahulu jalan darat tidak banyak. Apatah
lagi, kompleks beli-belah.

Pembinaan Jambatan Sultan Ismail dan Jambatan Kedua Muar ujarnya, merupakan penanda aras kepada kemajuan daerah Muar.







Namun, yang paling signifikan, rakyat daripada pelbagai lapisan bangsa dan agama hidup aman damai dan bersatu padu.

Mercu tanda

Muar atau nama lamanya, Bentayan tidak tenggelam dek arus kemodenan.
Bagaimanapun, sifatnya yang mengekalkan bangunan-bangunan klasik dan
kolonial yang mendominasi bandar itu menjadikannya sebuah daerah yang
cukup berbeza.

Demi memastikan generasi baharu tidak terus melenyapkan ingatan
mereka terhadap keagungan tradisi dan budaya kesultanan terdahulu, satu
monumen unik yang menjadi mercu tanda baharu Muar dibina di Bulatan
Sulaiman dengan kos melebihi RM1 juta sempena perisytiharan Muar sebagai
bandar diraja.

Menurut Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim
Ramli, monumen tersebut mempunyai identiti sendiri. Ia dilengkapi empat
gading gajah gergasi dan mahkota di bahagian atasnya.

"Penggunaan gading gajah dan mahkota sebenarnya melambangkan
keistimewaan negeri ini selain pengaruh Kesultanan Johor. Empat gading
gajah itu melambangkan negeri ini suatu masa dahulu mempunyai banyak
gajah semasa Sultan Abu Bakar membuka negeri ini," katanya ketika
ditemui baru-baru ini.

Sementara pemilihan mahkota pula menunjukkan Kesultanan Johor
merupakan kerajaan pertama yang mempunyai mahkota sendiri berbanding
kesultanan Melayu lain.Binaan mercu tanda itu begitu mempesona. Selain
dapat menghubungkan lima jalan utama di bandar ini iaitu Jalan Arab,
Jalan Khalidi, Jalan Ibrahim, Jalan Sulaiman dan Jalan Temenggong Ahmad,
ia juga dilengkapi dengan laluan pejalan kaki, air pancut, landskap dan
lampu berwarna-warni yang mengindahkan lagi bandar Muar pada waktu
malam.

Para penduduk di Muar khususnya teruja dengan status baharu bandar
mereka. Bagi meraikan satu lagi sejarah, Muar dimeriahkan dengan
pelbagai acara. Antaranya termasuklah mengembalikan semula adat istiadat
lama selama lima hari lima malam berturut-turut.

Sebelum itu, bagi menunjukkan tanda sokongan dan kecintaan kepada
raja mereka, sebahagian besar peniaga mengecat semula premis perniagaan
mereka bagi mengindahkan lagi pemandangan bandar Muar.



MERCU tanda beridentiti empat gading
gajah dan dan mahkota di atasnya terletak di Bulatan Sulaiman dibina
sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor.




Perkahwinan diraja

Sebagai pembuka acara, rakyat dihidangkan dengan upacara Majlis Letak
Kerja Pertabalan Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor dan
Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja dengan menaikkan bendera
diraja dengan diiringi tiga das tembakan meriam.

Abdul Rahim selaku Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor memberitahu,
upacara tersebut sangat istimewa dalam Kesultanan Johor ekoran amalan
itu tidak dipraktikkan dan tidak terdapat di negeri lain.

Kali terakhir upacara tersebut dijalankan ialah pada tahun 1922 bagi meraikan perkahwinan salah seorang kerabat diraja Johor.

"Sejarah upacara ini dimulakan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1874
untuk meraikan kerajaan sebelum ditukar kepada hari keputeraan. Biasanya
bendera akan dinaikkan tiga atau empat hari sebelum majlis berkenaan
berlangsung, upacara ini dihidupkan semula selepas 90 tahun ia tidak
dilakukan," katanya.

Selain itu, terdapat beberapa lagi amalan dan adat istiadat
Kesultanan Johor yang dihidupkan semula. Antaranya ialah majlis tahlil
dan doa kesyukuran, majlis triman, majlis mengadap takzim dan majlis
pengurniaan darjah dan pingat. Baginda mengurniakan gelaran-gelaran yang
pernah digunakan pada masa lalu seperti Laksamana Bentan kepada salah
seorang daripada anakandanya.

Lebih menarik, bahasa yang digunakan ialah bahasa istana.

Kata Abdul Rahim, penduduk Muar amat bertuah kerana daerah itu
dipilih untuk sambutan tersebut kerana tidak pernah diraikan di daerah
lain apatah lagi dalam satu majlis yang gilang-gemilang seumpamanya.



SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ismail
dan Sultanah Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah memotong kek
pada majlis jamuan teh sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor di
Stadium Sultan Ibrahim, Muar, Johor.




Rakyat berpeluang menyaksikan Majlis Pengurniaan Darjah dan Pingat
secara langsung apabila Majlis Perbandaran Muar (MPM) menyediakan empat
buah skrin yang dipasang di pekarangan dewan tersebut di Jalan Arab,
Jalan Maharani, Padang Nyiru dan di pekarangan Stesen Bas Bentayan.

Kemudahan itu tidak hanya untuk menyaksikan majlis tersebut, bahkan
penduduk setempat berpeluang menonton secara langsung majlis kesyukuran,
majlis triman dan menghadap takzim serta majlis pengurniaan darjah dan
pingat sebelum santapan diraja.

Layar lebar itu disediakan kerana semua majlis tersebut diadakan
secara tertutup selain julung-julung kalinya diadakan di luar Istana
Besar Johor Bahru selepas 125 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2FkBx6hma

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum