Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Perkenal konsep realiti dan turun padang

View previous topic View next topic Go down

Perkenal konsep realiti dan turun padang

Post by Park Deen on Sat Dec 22, 2012 4:18 am

Perkenal konsep realiti dan turun padang (Kosmo)



Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


FIZO (kiri) dan Luqman Hakim merupakan antara hos program Nasi Lemak Kopi O.



PROGRAM Nasi Lemak Kopi O di TV9 yang telah masuk musim keenam sejak
diperkenalkan pada tahun 2008 akan membuat pembaharuan dari segi
pengisian terhadap konsep yang telah sedia ada.

Beberapa segmen baharu turut diperkenalkan selain segmen yang sedia ada ditambah baik supaya lebih segar dan santai.

Nasi Lemak Kopi O disiarkan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada pukul 8
pagi hingga 10 pagi, dihoskan oleh selebriti seperti Bienda, Farah
Diana, Fizo Omar, Luqman Hakim Abd. Malik dan AG (penyampai radio Hot
FM)

Kata Penerbit Eksekutif program itu, Wan Sabariah Shikh Ali, segmen
Mutiara Hati akan yang memperkenalkan seorang ustaz baharu iaitu Syed
Abdul Kadir Al-Joofre yang juga guru agama kepada ustaz terkenal Don
Daniyal di Mesir.

“Segmen ini akan lebih santai, ustaz Syed Abdul Kadir akan mengajar
tertib dan adab kita sebagai seorang Islam dengan santai dan ringkas
seperti tertib memakai baju dan keluar dari rumah yang tidak pernah kita
semua tahu,” ujarnya ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, Kuala
Lumpur di sini baru-baru ini.

Tambah Wan Sabariah, segmen Skuad Foo juga merupakan satu pembaharuan
yang dibuat apabila Pegawai Penyelaras Suksi Universiti Malaya, Asisten
Supritendan (ASP) Foo Chek Seng akan membuat segmen luar studio.

“ASP Chek Seng akan ke kawasan operasi polis dan bercakap dengan
suspek yang ditahan seperti mat rempit dan sebagainya dan berkongsi
pengalaman itu di studio nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Wan Sabariah memberitahu, trio hos pada hari Ahad
iaitu Fizo, Luqman dan AG pula akan turut turun padang bagi menjayakan
segmen Permotoran, Sesuka Hati Chef dan Dirty Job.

“Bagi segmen permotoran, trio hos itu akan mencuba kenderaan yang
dijual dengan harga yang paling mahal di pasaran dan Sesuka Hati Chef
pula mereka akan memasak dengan bahan-bahan makanan yang tidak sesuai
seperti santai dengan coklat.

“Dirty Job pula, mereka akan ditugaskan untuk mencuba pekerjaan yang
tidak pernah dilakukan mereka seperti membuat tar jalan, jadi jurujual
pasar malam dan sebagainya,” jelasnya.

Ujarnya lagi, rating program itu semakin meningkat setiap tahun
dengan hampir 400,000 penonton dan umur penonton yang tertinggi antara
18 tahun hingga 24 tahun.

“Sebab itu kami ambil pengacara muda dan ibu muda agar penyampaian mereka lebih dekat dengan hati penonton,” jelasnya.

Bagi Bienda yang baru enam bulan menjadi hos program itu cukup teruja
dengan penambahbaikan segmen sedia ada kerana ia akan lebih dekat
dengan penonton.

“Contohnya segmen Bantu Mama ia banyak bagi petua kepada ibu muda
macam saya di samping berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu lain dalam hal
menjaga anak,” katanya yang mempunyai anak berusia sembilan bulan.

Fizo pula menambah, dia sudah tidak sabar lagi untuk tampil dalam
segmen permotoran kerana itu adalah minatnya untuk mencuba memandu
kenderaan agak mahal di pasaran.

Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran dan komitmen lain, dia yang
telah setahun menjadi hos Nasi Lemak Kopi O tetap komited untuk
memberikan komitmen dan membahagi masa untuk semua segmen kendaliannya
pada setiap Jumaat dan Ahad.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2Fjt9E7gJ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum