Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Berhenti berlakon filem aksi

View previous topic View next topic Go down

Berhenti berlakon filem aksi

Post by Park Deen on Sat Dec 22, 2012 4:14 am

Berhenti berlakon filem aksi (Kosmo)









KEPUTUSAN yang dibuat oleh pelakon kelahiran Hong Kong yang terkenal
di seluruh dunia, Jackie Chan yang mahu bersara daripada lakonan
pastinya mengejutkan ramai pihak terutama peminat setianya.
Bagaimanapun, Jackie Chan yang ditemui semasa majlis promosi filem
terbaharunya berjudul Chinese Zodiac 2012 atau tajuk ringkasnya, CZ12 di
Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur baru-baru ini menegaskan dia bukan
mahu meninggalkan dunia seni buat selama-lamanya.

"Sebelum ini ramai yang salah sangka dengan kenyataan yang telah saya
buat. Ingin saya nyatakan bahawa saya cuma mahu bersara daripada
berlakon dalam filem aksi.

"Selepas ini saya akan terus terbabit dalam bidang lakonan dan
peminat masih boleh menyaksikan aksi saya di layar perak. Walaupun sudah
52 tahun menjadi pelakon, saya sendiri tidak pasti bila saya akan
berhenti berlakon," jelas pelakon berusia 58 tahun itu.

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai persaraannya itu, Jackie
mendedahkan bahawa sebenarnya pernah terlintas dalam fikirannya untuk
bersara sepenuhnya daripada bidang lakonan.

Meskipun dia hampir-hampir membuat keputusan berhenti berlakon, namun
disebabkan rasa cintanya yang sangat mendalam terhadap bidang lakonan
menyebabkan dia akhirnya bertindak mengubah fikiran.

"Saya mengambil keputusan yang agak lama mempertimbangkan keputusan
yang ingin dibuat. Kemudian, setelah berfikir panjang akhirnya saya
bertekad untuk berhenti berlakon filem aksi.

"Usia merupakan salah satu faktor yang menyebabkan saya membuat
keputusan ini. Pada usia sekarang saya perlu memikirkan keselamatan diri
memandangkan semua aksi bahaya dilakukan oleh saya sendiri," ujarnya.

Memandangkan CZ12 merupakan filem aksi terakhir lakonannya, Jackie
atau nama sebenarnya Chan Kong Sang menyifatkan filem berkenaan sangat
istimewa buat dirinya.

Pertama kali menangis

Bercerita mengenai filem terbaharunya itu, pelakon berkenaan
menyatakan, dia terpaksa mengambil masa sehingga tujuh tahun menyiapkan
skrip serta melakukan banyak kajian untuk menghasilkannya.

"Mungkin ramai yang tidak tahu sewaktu selesai menjalani penggambaran
CZ12 pada hari terakhir di Latvia, secara tiba-tiba saya telah
menangis.

"Pada masa itu memang ramai yang bertanya kenapa saya menangis,
tetapi saya sendiri tidak ada jawapannya. Itulah kali pertama saya
menangis di lokasi penggambaran sepanjang bergelar pelakon," dedahnya.



FIGURA yang sinonim dengan filem aksi ini mengakui sangat mencintai dunia lakonan yang sudah 52 tahun diharunginya.




CZ12 mengisahkan tentang misi sebuah kumpulan yang ditugaskan untuk
menghantar semula kepala patung 12 haiwan zodiak Cina yang telah diambil
dari Old Summer Palace di Beijing, China oleh tentera Perancis dan
British semasa Perang Candu yang berlangsung dari 1856 hingga 1860.

Dalam misi berkenaan terdapat pelbagai halangan yang terpaksa
ditempuhi oleh Jackie menerusi watak sebagai JC dengan bantuan beberapa
orang rakannya.

Selain Jackie, turut membintangi filem tersebut, antaranya Yao Xing
Tong, Liao Fan, Zhang Lan Xin, Steve Yoo Seung Jun, Laura Weissbecker
dan Kwone Sang Woo.

Menjalani penggambaran selama 50 hari di beberapa buah negara seperti
Hong Kong, Taiwan, China, Perancis dan Latvia, CZ12 sudah mula
ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak kelmarin, 20 Disember.

Sylvester Stallone

Di sebalik kenyataan berhubung persaraannya itu, tiba-tiba terdapat
pula khabar angin yang mengatakan Jackie kini sedang dalam proses
perbincangan untuk berlakon dalam filem Rush Hour 4.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah menjalani penggambaran filem Police
Story 3 di Malaysia pada tahun 1992 lantas menyangkal cerita yang
mengatakan dia akan membintangi filem berkenaan.

"Baru-baru ini saya pergi ke Amerika Syarikat untuk berbincang
tentang sebuah projek filem, tetapi bukan tentang Rush Hour 4.
Sebaliknya, saya akan menghasilkan sebuah filem yang memaparkan kisah
mengenai persahabatan berjudul Skip Tracers.

"Dalam filem berkenaan mungkin saya akan bergandingan dengan Chris
Tucker dan Owen Wilson sehinggakan ramai yang bertanya kenapa saya masih
mahu bekerjasama dengan kedua-dua pelakon terkenal Hollywood itu.
Jawapannya cukup mudah iaitu saya selesa berlakon dengan mereka berdua,"
jelasnya.

Biarpun tidak lagi melakonkan watak aksi dalam filem-filem lakonannya
selepas ini, Jackie memberitahu, dia sudah memberi persetujuan untuk
terbabit dalam filem aksi The Expendables 3.

"Sebelum ini saya ada mendapat tawaran berlakon dalam The Expendables
2, namun terpaksa menolaknya kerana sedang sibuk dengan penggambaran
CZ12.

"Kemudian saya sekali lagi ditawarkan oleh Sylvester Stallone untuk
siri The Expendables yang ketiga. Saya akhirnya bersetuju dengan
beberapa syarat iaitu diberi watak kecil tanpa sebarang aksi serta cuma
beberapa babak yang membabitkan diri saya," ujarnya.

Bonnie

Dalam pada itu, selain Jackie Chan, turut hadir ke Kuala Lumpur untuk
promosi CZ12 ialah dua aktres jelita China yang turut membintangi filem
itu iaitu Zhang Lan Xin dan Yao Xing Tong.

Salah seorang pelakon iaitu Zhang yang membawakan watak sebagai
Bonnie berkata, sepanjang penggambaran Jackie memang banyak membantunya
dan pelbagai ilmu dan pengalaman yang diperoleh terutamanya tentang
dunia lakonan.



JACKIE diapit Lan Xin (kiri) dan Xing Tong pada majlis promosi filem Chinese Zodiac 2012 di Kuala Lumpur baru-baru ini.



"Watak sebagai Bonnie memang agak mencabar, tetapi saya tiada masalah
melakukan babak aksi terutamanya ketika berlawan memandangkan saya
aktif dalam seni mempertahankan diri," ujarnya selaku pemenang
pertandingan Taekwando peringkat kebangsaan di China pada tahun 2004.

Sementara itu, Yao pula tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya
apabila berpeluang berlakon dengan seorang aktor yang hebat dan terkenal
di seluruh dunia seperti Jackie Chan.

Mengakui pada mulanya berasa agak takut kerana tidak ada pengalaman
berlakon dalam filem aksi, aktres itu meluahkan rasa lega kerana tidak
mengalami sebarang kecederaan sepanjang penggambaran.

"Sehingga kini CZ12 merupakan satu-satunya filem saya yang agak
besar. Jadi, saya berharap menerusi filem ini saya akan mendapat lagi
tawaran berlakon pada masa akan datang," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2FjrjR5Ge

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum