Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sabah idam satu piala

View previous topic View next topic Go down

Sabah idam satu piala

Post by Park Deen on Wed Dec 19, 2012 3:39 am

Sabah idam satu piala (Kosmo)



Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my


MUSA (kanan) bersalaman dengan para pemain pada majlis memperkenalkan pemain skuad Sabah di Kota Kinabalu semalam.




“SAYA mahu satu piala musim depan.”Ringkas tetapi penuh bermakna
amanat dan harapan yang dilontarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri
Musa Aman kepada para pemain Sabahawks dalam kancah Liga Malaysia (Liga
M) musim hadapan.

Tidak mahu ia dijadikan sebagai omongan kosong, Musa mendesak agar
pemain-pemain baharu yang dipilih bagi mewakili pasukan tersebut
mempamerkan persembahan terbaik dengan semangat berpasukan, jujur dan
amanah bagi mengembalikan kegemilangannya sebagai antara pasukan
disegani.

Ujarnya, ia penting bagi mendapatkan semula sokongan ribuan penyokong
tempatan yang sentiasa berada di sisi mereka biarpun akan beraksi pada
Liga Premier nanti.

“Secara jujurnya, memang saya akui agak terkilan terutama apabila
pasukan yang disayangi ini bakal bermain di Liga Premier dan bukan lagi
Liga Super.

“Namun, bagi saya kedua-dua liga ini mempunyai persaingannya
tersendiri dan memenangi sekurang-kurangnya satu piala mampu mengubati
luka pada musim ini," katanya ketika berucap pada majlis suai kenal
pemain skuad Sabah di Kota Kinabalu semalam.

Pada majlis tersebut, hampir 60 peratus muka-muka baharu
diperkenalkan bagi memperkuatkan pasukan Negeri Di Bawah Bayu dengan
lapan pemain import tempatan dan empat daripadanya adalah bintang kelab
T-Team diketuai bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Syamsuri Mustafa.

Tiga lagi bekas pemain T-Team yang menyertai Sabah termasuk Khairul
Izwan Khalid, Shahril Faizal Sharifuddin dan Wan Mohd. Aliff Wan Jasmin.

Selain itu, Mohd. Hafizulldin Mohd. Noor daripada pasukan KL Pos,
Mohd. Fazilidin Khalid (Selangor), Shahril Shaari (Harimau Muda) dan
bekas pemain Pahang, Wan Azwari Wan Noor.

Bagi memastikan misi satu piala tersebut tercapai, Sabah juga
mempertaruhkan dua pemain import dari luar negara iaitu penyerang
antarabangsa Mali, Koh Troare selain pertahanan dari Wales, Rhys David
Weston.

16 pemain tempatan dikekalkan terdiri daripada Irwan Jamil, Rosdin
Wasli, Alto Linus, Shahrul Azhar Ture, Sumardi Hajalan, Julamri
Muhammad, Shahrudin Radzi, Zainizam Marjan dan Juffery Omopor.

Dalam majlis tersebut juga, pasukan Sabahawks turut mendapat tajaan pakaian daripada syarikat sukan, Grace One Sdn. Bhd.

Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berkata,
para pemain juga dituntut mengambil semangat yang ditunjukkan oleh
pasukan Kelantan yang berjaya mempertahankan ketiga-tiga piala yang
dimenangi mereka sebelum ini.

Tambahnya, beliau mahu bukan sahaja pihak pengurusan malahan setiap
pemain meletakkan sasaran untuk kembali semula ke kancah Liga Super pada
musim 2014.

“Sehubungan itu, saya mahu para pemain bersih dari segi pemikiran dan komited terhadap setiap perlawanan yang diharungi.

“Kamu (para pemain) juga harus mengikis istilah menjual permainan
kerana saya tidak akan teragak-agak untuk bertindak segera dan
mengenakan tindakan displin sekiranya berjaya menghidu kegiatan tidak
bermoral ini," tegasnya.

Sementara itu, ketua jurulatih Sabah, David McCreery berkata, bagi
memantapkan lagi pasukan tersebut beberapa siri perlawanan akan diadakan
dengan pasukan Selangor, T-Team dan Polis Diraja Malaysia pada 26, 27
dan 28 Disember sebelum menguji skuadnya bersama kelab bola sepak dari
Filipina pada awal Januari.

“Kita berharap pemain akan menunjukkan aksi yang lebih baik dan fokus
pada setiap perlawanan serta bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi
impian Presiden Safa,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2FSBaTuNz

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum