Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

‘Jangan usik Kim Swee’

View previous topic View next topic Go down

‘Jangan usik Kim Swee’

Post by Park Deen on Wed Dec 19, 2012 3:19 am

‘Jangan usik Kim Swee’ (Kosmo)





RAJAGOBAL (berdiri di kanan) masih mendapat kepercayaan daripada FAM untuk membimbing Harimau Malaya.




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan berganjak dengan
pendirian untuk terus mengekalkan khidmat Datuk K. Rajagobal sebagai
ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Biarpun pengendali berusia 56 tahun itu gagal membantu Malaysia
mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, FAM memberi jaminan
bahawa ‘kerusi panas’ itu masih menjadi milik Rajagobal.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan bahawa
cadangan untuk melantik jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee untuk
menggantikan tempat Rajagobal tidak wujud buat masa sekarang.

Menurut Azzuddin, FAM tidak akan menghukum Rajagobal hanya
disebabkan gagal pada kempen Piala Suzuki AFF 2012, sebaliknya badan
induk sukan bola sepak negara itu masih memerlukan khidmatnya.

Jelasnya, FAM juga tidak mahu pihak-pihak tertentu memberikan
tekanan kepada Kim Swee dan beliau yakin jurulatih kelahiran Melaka itu
akan terus melahirkan pemain-pemain muda berpotensi untuk diserapkan
dalam skuad negara.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami tidak mahu menyingkirkan Rajagobal hanya disebabkan satu kegagalan.

“Apakah mereka sudah lupa jasa-jasa Rajagobal yang berjaya
menamatkan penantian 20 tahun pingat emas Sukan SEA Laos 2009 dan muncul
sebagai juara buat kali pertama Piala Suzuki AFF 2010.

“Kita sepatutnya menerima hakikat bahawa kita tewas kepada
pasukan yang lebih baik. Saya yakin Rajagobal telah melakukan yang
terbaik untuk skuad negara.

“Kim Swee merupakan seorang jurulatih yang cukup berwibawa.
Buktinya, banyak bakat baharu dapat dicungkil, jadi FAM tidak akan
sesekali mengganggu tugas Kim Swee.

“Mereka (pengkritik) boleh bercakap tetapi kita jangan mudah lupa
jasa-jasa orang (Rajagobal),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Azzuddin menggesa semua pihak agar tidak terus
menimbulkan spekulasi terhadap kedua-dua jurulatih berkenaan.

“Hentikan spekulasi seperti ini. Mereka (Kim Swee dan Rajagobal)
bekerja di bawah satu bumbung dan sepatutnya kita harus menghormati
mereka, bukannya memecahkan keharmonian antara mereka.”



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2FS725btO

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum