Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sonakshi tak gelap mata

View previous topic View next topic Go down

Sonakshi tak gelap mata

Post by Park Deen on Tue Dec 18, 2012 5:25 am

Sonakshi tak gelap mata (Kosmo)





SONAKSHI menganggap Salman sebagai mentor lakonannya.




SUATU ketika dahulu, nama aktres Sonakshi Sinha begitu asing dalam
kalangan penggemar Bollywood. Namun kini, situasi tersebut cukup
berbeza.

Aktres itu kini berada dalam lingkungan antara penerima bayaran yang mahal untuk penampilannya dalam sesebuah produk.

Nilai Sonakshi mampu mencecah RM600,000 untuk sebuah filem dan melalui tiga buah filem lakonannya pada tahun ini iaitu Dabangg, Rowdy Rathore dan Son of Sardaar, dia memperoleh sebanyak RM1.8 juta.

Dia bagaimanapun tidak mahu gelap mata dengan apa yang diperoleh
kini. Katanya: "Apabila saya ditawarkan untuk terbabit dalam sesebuah
naskhah, saya tidak pernah terfikir tentang pulangan yang bakal saya
terima. Saya hanya bersyukur kerana terlibat dalam sesebuah produksi
yang dikelilingi oleh orang-orang hebat."

Sonakshi dikenali sebagai seorang pelakon yang bermula tanpa asas
lakonan profesional. Dia belajar berlakon secara semula jadi dan banyak
dibantu oleh orang sekeliling. Salah seorang individu yang menjadi
tulang belakangnya ialah aktor Salman Khan.

Dia yang menjadi pelakon kesayangan Salman itu, juga memberitahu,
hubungan baik antara dia dengan Salman tidak pernah disalahgunakan
supaya dia pantas meraih populariti.

Menganggap Salman sebagai seorang mentornya, Sonakshi berkata, aktor
tersebut telah banyak membantu dia untuk menjadi seorang pelakon yang
baik.

"Salman merupakan pengkritik tegar saya, namun pada masa yang sama,
dia mentor saya selama ini. Saya mempelajari banyak perkara yang positif
dan menjadi lebih profesional sehingga ke tahap ini kerana dia," ujar
Sonakshi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2FMlzCvY2

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum