Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Juri AJL 27 dijamin telus

View previous topic View next topic Go down

Juri AJL 27 dijamin telus

Post by Park Deen on Tue Dec 18, 2012 5:18 am

Juri AJL 27 dijamin telus (kosmo)





SEBANYAK 12 pencalonan lagu yang
layak ke final AJL 27 akan diadili oleh 10 orang juri profesional.
Setiap juri tidak mempunyai perkaitan dengan lagu-lagu yang
dipertandingkan agar keputusan yang diperoleh kelak lebih telus.




ADAT bertanding, sebelum bermula pasti ada suara sumbang yang
mempertikaikan banyak aspek dan kali ini giliran Anugerah Juara Lagu 27
(AJL 27) pula menjadi mangsa.

Selain pertikaian mengenai beberapa lagu yang dianggap kurang
berkualiti terpilih untuk mara ke peringkat akhir pada awal tahun depan,
percakaran mengenai pemilihan juri turut timbul.

Mengambil langkah drastik, kata Pengurus AJL 27, Muhamad Sufian Che
Isa, pihaknya sudah mengenal pasti 10 orang juri profesional untuk
mengadili pertandingan pada tahun ini.

Tambahnya, selain bilangan juri yang telah dikurangkan daripada 15
orang menjadi 10 orang, pihaknya turut mempertimbangkan latar belakang
juri-juri yang bakal terbabit.

"Juri-juri tersebut terdiri daripada komposer, penulis lirik,
penyanyi dan individu yang terlibat dalam bidang muzik dari Malaysia,
Indonesia dan Singapura. Kami cuba menilai dan memilih juri yang ada
kredibiliti tinggi supaya tidak akan ada pertikaian selepas ini,"
katanya yang ditemui ketika sidang akhbar AJL 27 di Hotel Empire Subang,
Selangor baru-baru ini.

Ujarnya, 10 orang juri yang masih dalam peringkat perbincangan itu
tiada kena mengena dengan mana-mana lagu yang bertanding tahun ini
secara langsung atau tidak. Juri juga terdiri daripada kombinasi orang
lama dan baharu.

Kredibiliti lagu

Wujud juga perbalahan mengenai kualiti lagu-lagu yang dipertandingkan
pada tahun ini. Selain terdapat beberapa lagu berbahasa slanga (bahasa
pasar), timbul juga persoalan mengenai konsep populariti lagu dan
penyanyi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima
Berhad, Ahmad Izham Omar, pemilihan lagu untuk bertanding pada AJL 27
bukan saja lagu yang memberi impak kepada pendengar tapi menepati
kriteria lagu berkualiti.

"Populariti sesebuah lagu adalah satu bonus dan kebanyakan lagu yang bertanding pada tahun ini sudah diterima ramai.

"Setiap lagu ada kekuatan dan ia adalah kombinasi kualiti dan
populariti. Sesebuah lagu akan dipanggil lagu apabila ia berjaya
menggerakkan sesuatu generasi," jelasnya.

Pilihan penonton

Sementara itu, AJL 27 turut mengetengahkan konsep undian melalui
khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton untuk kategori
Persembahan Terbaik. Keputusan kategori itu terletak pada undian seratus
peratus.

Langkah itu dirasakan sesuai untuk mendekatkan penonton untuk
memberikan pandangan masing-masing malah, kata Izham penonton juga perlu
diberikan peluang untuk bersuara.

Dalam pada itu, AJL 27 membawakan elemen Ekspresi Seni sebagai konsep dan tema persembahan tahun ini.

AJL 27 masih mengekalkan Faizal Ismail dan Cheryl Samad sebagai hos
manakala, acara Purple Carpet pula akan menampilkan gandingan Miera
Liyana, Sazzy Falak dan Kamal Adli sebagai pengacara.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 12 buah lagu yang berentap
dalam AJL 27 pada 6 Januari 2013, dibawakan secara langsung dari Stadium
Putra Bukit Jalil bermula pukul 9 malam. - KHAIRUL AMRI HASSAN


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2FMkJagMG

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum