Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Johor bukan tempat percutian'

View previous topic View next topic Go down

'Johor bukan tempat percutian'

Post by Park Deen on Tue Dec 18, 2012 4:54 am

'Johor bukan tempat percutian' (Kosmo)



Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


TUNKU Ismail ketika bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.




PASUKAN Johor Darul Takzim bukanlah tempat ‘percutian’ untuk
pemain-pemain berstatus bintang sebaliknya mereka mempunyai misi besar
untuk membantu Harimau Selatan muncul juara saingan Liga Malaysia (Liga
M) musim hadapan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota
Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, pasukan Johor Darul Takzim
mempunyai matlamat besar iaitu untuk menjadi juara sekali gus menjadi
pasukan yang digeruni pihak lawan.

“Mereka (pemain) bukan datang sini (Johor) untuk bercuti dan hanya
menerima gaji setiap bulan tetapi kami mempunyai matlamat besar yang
untuk dicapai.

“Kami mahu menaikkan semula nama Johor dalam arena bola sepak
tempatan dan saya amat gembira dengan pasukan ini. Kami telah merancang
hampir setahun untuk mengenal pasti pemain-pemain berkualiti,” titah
baginda pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.

Pada majlis tersebut, tujuh pemain baharu Johor Darul Takzim termasuk
lima pemain Harimau Malaya yang beraksi pada Piala Suzuki AFF 2012,
Norshahrul Idlan Talha, Safiq Rahim, Azmi Muslim dan Aidil Zafuan Abdul
Radzak turut hadir untuk sesi bertemu peminat.

Selain mereka, turut hadir kembar Aidil, Zaquan Adha dan dua pemain import, Daniel Guiza dan Simone Del Nero.

Dalam pada itu, kesemua pemain yang hadir berjanji akan memberi
komitmen dan aksi terbaik buat pasukan sebaik sahaja mereka menjalani
latihan 23 Disember ini.

Bagi penyerang sensasi, Mohd. Safee Sali, dia sudah tidak sabar untuk
beraksi bersama Johor Darul Takzim yang dilabel sebagai ‘pasukan
impian’.

“Selepas dua tahun berkelana di Indonesia, saya harap dapat
mencurahkan semua pengalaman bagi membantu pasukan baharu saya ini
menjadi juara.

“Saya mempunyai rakan sepasukan yang hebat tetapi kami perlu pastikan
kami semua berada pada tahap terbaik dalam setiap perlawanan,” katanya.

Sementara itu, bagi kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim pula, dia
memilih untuk menyertai pasukan Harimau Selatan kerana inginkan cabaran
baharu.

“Saya menerima cabaran ini demi karier saya dalam sukan bola sepak
dan Insya Allah saya akan berikan komitmen 100 peratus buat pasukan
ini,” katanya.

Bagi Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, bergandingan
bersama penjaring terbanyak Liga Indonesia, Safee dan bekas penjaring
terbanyak La Liga, Guiza dianggap sebagai peluang menarik untuk dia
meningkatkan lagi mutu permainan.

“Memang bagus apabila terdapat ramai penyerang dalam satu pasukan dan
kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menjaringkan lebih banyak gol,”
katanya.

Dalam pada itu, jurulatih pasukan, Fandi Ahmad memberi amaran,
meskipun berstatus bintang ia bukanlah tiket untuk kesemua pemain
kebangsaan yang menyertai pasukan Johor Darul Takzim dijanjikan tempat
dalam kesebelasan utama pada setiap perlawanan.

“Semua 27 pemain ada hak untuk merebut tempat. Saya amat mementingkan
disiplin dan semangat berpasukan. Tidak semua pemain akan mendapat
tempat secara automatik,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2FMeR9wXF

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum