Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Habuan menanti pemain Perak

View previous topic View next topic Go down

Habuan menanti pemain Perak

Post by Park Deen on Mon Dec 17, 2012 12:32 pm

Habuan menanti pemain Perak (kOSMO)



Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my


SKUAD Piala Emas Raja-Raja Perak
(jersi kuning) bakal menerima habuan tambahan jika berjaya muncul juara
pada kejohanan tersebut tahun ini.




KERAJAAN negeri Perak akan menyediakan insentif jika Perak muncul
juara Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja 2012 Sabtu depan.

Perak akan menentang Kedah pada final kejohanan edisi ke-72 itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri
Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberitahu bahawa Menteri Besar,
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bersetuju dengan cadangan tersebut jika
Perak berjaya menjulang piala berkenaan.

Juara Piala Emas Raja-Raja akan menerima hadiah wang tunai RM40,000 daripada Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM).

Oleh itu, skuad yang dibimbing oleh Abu Bakar Fadzim itu akan
menerima hadiah wang tunai RM80,000 jika mereka berjaya membawa pulang
Piala Emas Raja-Raja ke Ipoh.

Kerajaan Perak bersedia menambah RM40,000 lagi jika Perak muncul juara.

Perak layak ke perlawanan akhir setelah membelasah Selangor 6-1 pada
aksi separuh akhir kedua di Ipoh malam kelmarin sekali gus mara dengan
kelebihan agregat 7-1.

Sebelum ini, skuad yang dibarisi oleh pemain-pemain Piala Presiden
Perak menang 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Shah Alam minggu
lalu.

Kejayaan Perak layak ke perlawanan akhir itu merupakan kejayaan terindah untuk mengulangi kejayaan 22 tahun lalu.

Kali terakhir Perak layak ke perlawanan akhir ialah pada tahun 1990
sekali gus muncul juara setelah mengalahkan Kelantan 3-0 pada perlawanan
akhir.

"Kita akan tambah wang hadiah itu bagi merangsang para pemain supaya
bekerja keras untuk mengejar kejuaraan yang dinantikan sejak 22 tahun
lalu,'' jelas Zainol ketika ditemui di Ipoh semalam.

Hasrat kerajaan negeri menambah wang hadiah itu telah diumumkan
kepada semua pemain dan pegawai pasukan Perak selepas perlawanan separuh
akhir kedua kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2FIf1dwon

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum