Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Muda bersedia awal

View previous topic View next topic Go down

Harimau Muda bersedia awal

Post by Park Deen on Mon Dec 17, 2012 12:26 pm

Harimau Muda bersedia awal (kOSMO)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (dua dari kanan) lebih memikirkan misi untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013.




TIRAI temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar hanya akan disingkap pada penghujung tahun depan.

Namun, ‘kerja rumah’ pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee telah pun
bermula dalam misi mempertahankan ibu segala emas yang dimenangi mereka
di Jakarta, Indonesia dua tahun lalu.

Sedar mempertahankan emas jauh lebih sukar terutamanya dalam usaha
melakar kemenangan hatrik pada temasya kali ini, Kim Swee enggan
anak-anak buahnya terlalu selesa dibuai mimpi indah selaku juara
bertahan.

Menurut beliau, tiga bulan terakhir sebelum tirai temasya bermula
Disember tahun depan merupakan detik penentu sejauh mana kemampuan
Harimau Muda mempertahankan kejuaraan ataupun tidak.

“Dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum temasya Sukan SEA bermula, saya akan mengenal pasti sistem atau kelemahan pasukan.

“Ia tempoh yang paling penting buat saya mengetahui apa yang perlu diperbaiki dalam pasukan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Muda yang kembali menjalani latihan minggu lalu
telahpun menjalani latihan persahabatan bersama Sarawak yang
berkesudahan seri 1-1 di Port Dickson, petang kelmarin.

Mengulas lanjut, Kim Swee memberitahu beliau merancang membawa
anak-anak buahnya berguru di Australia bermula Januari depan sebaik
tidak lagi menyertai saingan Liga Singapura (Liga S) bagi musim 2013.

Selepas itu katanya, beliau juga merancang untuk menimba ilmu di
Slovakia atau pun benua Eropah untuk tempoh sekurang-kurangnya empat
bulan pada pertengahan Mac depan, dan hanya kembali ke tanah air sebelum
sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Saya juga dalam perancangan membawa Harimau Muda menyertai Pestabola
Merdeka (Ogos) dan Newspaper Cup di Vietnam (Oktober) sebagai
sebahagian daripada persiapan mempertahankan emas Sukan SEA.

“Cuma pada masa sama, kami perlu kekal realistik. Tiada gunanya
muncul juara mana-mana kejohanan jemputan jika emas Sukan SEA terlepas
daripada genggaman.

“Senarai terkini skuad Harimau Muda juga akan diumumkan dalam masa
terdekat, dan saya harap skuad Harimau Muda kali ini dapat memberikan
yang terbaik di Myanmar nanti bagi memastikan kita mempertahankan
kejuaraan,” katanya optimis.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2FIddHtkq

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum