Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kim Swee kunci mulut

View previous topic View next topic Go down

Kim Swee kunci mulut

Post by Park Deen on Mon Dec 17, 2012 12:22 pm

Kim Swee kunci mulut (kOSMO)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my






NAMA pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee ketika ini cukup laku
bagaikan ‘pisang goreng panas’ dalam kalangan penyokong bola sepak
tempatan.

Ia ekoran pengendali kelahiran Melaka itu dikatakan calon paling
sesuai mengambil alih tugas pengendali Harimau Malaya, Datuk K.
Rajagobal ekoran kegagalan skuad Ha rimau Malaya mempertahankan Piala
Suzuki AFF kali ini sebaik ditewaskan Thailand menerusi agregat 1-3
pada peringkat separuh akhir di Stadium Supachalasai Bangkok, minggu
lalu.

Biarpun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mempercayai
kredibiliti Rajagobal sehingga kontraknya berakhir pada Disember 2013,
sebahagian besar penyokong tempatan dilihat sudah mula kurang sabar dan
mendesak supaya Rajagobal meletak jawatan ataupun dipecat serta-merta.

Pada masa sama, rata-rata mereka mahu Harimau Malaya diambil alih
oleh Kim Swee berdasarkan reputasi jurulatih itu mempertahankan ibu emas
temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia tahun lalu.

Begitupun, Kim Swee lebih gemar mengambil pendekatan ‘mengunci
mulut’, selain membayangkan mahu kekal menerajui Harimau Muda bagi
mempertahankan emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar, tahun depan.

“Biarlah beliau (Rajagobal) teruskan dahulu kerja beliau (selaku jurulatih).

“Senang cerita, fokus utama saya ialah mempertahankan emas Sukan SEA,” kata Kim Swee ringkas kepada Kosmo! semalam.

Semalam, Kosmo! Ahad melaporkan kedudukan Rajagobal selaku jurulatih
Harimau Malaya masih terjamin sekurang-kurangnya sehingga kontraknya
tamat penghujung tahun depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dilaporkan berkata,
Rajagobal perlu diberikan sokongan biar pun gagal mempertahankan Piala
Suzuki AFF kali ini.

Dalam pada itu, Kim Swee yang baru sahaja menyambut ulang tahun
kelahirannya yang ke-42 pada 11 Disember lalu menegaskan, beliau
sentiasa akur dengan arahan yang dikeluarkan FAM berhubung perkara itu.

“Saya hanya ikut arahan FAM,” jelas Kim Swee.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2FIbZKngg

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum