Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Arja mahu jadi penyanyi

View previous topic View next topic Go down

Arja mahu jadi penyanyi

Post by Park Deen on Sun Dec 16, 2012 2:11 pm

Arja mahu jadi penyanyi (Kosmo)









PEMANDANGAN susuk tubuhnya yang jantan sudah melayakkan jejaka
bernama Azharudin Ramli ini digelar lelaki maskulin. Tingkah dan cara
tutur katanya juga tidak mencacatkan rupa gagah jejaka berusia 29 tahun
ini.

Biarpun si empunya diri mahu mengelak, namun pada separuh jiwanya
turut mengalir bersama imej yang tidak sedap didengar. Penangan filem
pertama lakonannya berjudul ...Dalam Botol yang menjadikan Arja sebagai
seorang transgender itu masih melekap pada figura tersebut hingga kini.

Naskhah arahan Raja Azmi yang menjadi tanda salam perkenalannya turut
membuat pemilik nama popular Arja Lee itu menjadi sedikit menggelegak.
Sementelah kontroversi negatif itu menjadi penyumbang kepada graf
popularnya.

Kesediaannya menjadi pencinta sesama jenis dan keberanian melakonkan
aksi bogel sehingga menerima kata-kata kritik adalah sesuatu yang
hakikat. Namun si empunya diri sudah mahu melupakan cerita lama itu.

"Biarlah hal yang sudah berlaku itu berlalu. Sebenarnya masih ramai
lagi yang tidak mengenali saya. Cuma ada segelintir yang masih ingat
tentang kontroversi itu.

"Saya bukan budak-budak lagi dan tahu menguruskan diri. Saya tahu apa
yang saya buat dan memikirkan baik dan buruknya. Lagipun setelah
bergelar graduan, saya perlu menjaga batasan apa yang boleh dan tidak
boleh dilakukan dalam masyarakat.

"Biarlah cerita itu lenyap begitu sahaja kerana saya sedar ia mungkin
kesilapan saya sendiri pada masa lalu. Syukur kerana saya kini langsung
tidak dengar hal itu dibangkitkan lagi," kata jejaka yang berketinggian
177 sentimeter ini.

Biarpun naskhah yang penuh nostalgik dalam sejarah hidup Arja itu
sekadar mengutip pulangan RM570,000 ketika ditayangkan pada Mac tahun
lalu, namun keberanian Arja menanggalkan pakaian itu kekal menjadi
ingatan peminat filem tempatan.

Mengakui sedikit sesal tentang hal tersebut, jelas Arja: "Perbuatan
itu sebenarnya tidak menjadi masalah besar. Ia mungkin kesilapan kecil
saya yang pernah dibuat pada suatu ketika dahulu.

"Tetapi saya lebih gembira dan berterima kasih apabila orang Malaysia
sudi memaafkan kesalahan itu. Saya ingin tegaskan juga bahawa kalau
mati hidup balik pun saya tidak akan melakukannya lagi."

Panas yang dibawa bersama sensasi filem arahan Raja Azmi itu tidak
lama, apatah lagi dia tidak lagi muncul-muncul dalam sebarang filem
lain. Sementelah Arja sibuk menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah
Sarjana Muda dalam bidang Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) di
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Walaupun seketika menyepi, Arja yang kembali mengecap nama menerusi
drama Saiful Nita yang baru sahaja tamat siarannya bakal aktif semula.

"Syukur saya sudah tamat pengajian selama tiga tahun di USM apabila
selesai konvokesyen pada September lalu. Kini bolehlah saya meneruskan
fokus kepada bidang kerjaya pula.

"Sebelum ini pun (selepas filem ...Dalam Botol) bukan tiada langsung
tawaran berlakon filem. Tetapi ia terpaksa ditolak kerana mahu memberi
tumpuan kepada pengajian dahulu," katanya.

Sebagai terus membuktikan kebenaran sifat jantannya menerusi cabaran
fizikal pula, Arja bakal muncul menerusi rancangan realiti televisyen
Fear Factor Selebriti Malaysia yang bermula pada 29 Disember ini pukul 9
malam di saluran Astro Ria.



MAHU melupakan kontroversi lalu, Arja sudah mencongak untuk membuka diari 2013 dengan cerita baik-baik sahaja.



"Pastinya ia pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan jauh berbeza
berbanding ketika melakukan persiapan dalam booth camp selama lima hari
di Batu Caves, Selangor dan beberapa sesi latihan sendiri.

"Saya gembira juga apabila digandingkan dengan Alam (Wakaka Crew)
sebagai pasangan kerana kami saling melengkapi. Saya takut pada
ketinggian dan dia yang lebih berani akan membantu saya juga.

"Tidak banyak beza pun rancangan tersebut berbanding aksi yang kita
tonton dalam rancangan Fear Factor luar negara melainkan tiada aksi
memakan makanan pelik kerana penerbit tidak mahu menyentuh sensitiviti
penonton di sini.

"Apa yang pasti ia sesuatu yang menarik untuk ditonton. Banyak drama
dan aksi lucu juga," katanya yang berkelana ke Cape Town, Afrika Selatan
bersama 15 pasangan selebriti lain selama tiga minggu pada Oktober
lepas.

Sementara hangatnya masih ada, Arja tidak sekadar mahu bersandarkan
kepada kerja lakonan apabila nekad untuk turut bergelar penyanyi.
Protfolio itu seharusnya menjadi kenyataan kelak apabila dia bakal
muncul menerusi sebuah single tidak lama lagi.

Diberi judul Cerita Pada Mereka, lagu ciptaan komposer Keroz Nazri
itu diberi nafas balada urban agar serasi dengan selera semasa
pendengar.

"Single itu bukan kerana syok sendiri tetapi dilakukan atas keyakinan
sendiri apatah lagi bermulanya saya dalam dunia hiburan adalah sebagai
seorang penyanyi.

"Jika ada yang masih ingat, saya sebenarnya pernah menyertai
rancangan realiti Gangstarz dan Akademi Fantasia 6. Saya juga pernah
terlibat dalam beberapa pementasan muzikal di Istana Budaya yang
memerlukan saya menyanyi secara langsung.

"Untuk lagu itu pun saya sudah melakukan yang terbaik dengan rencah
bukan melakukan apa yang kita sendiri suka, tetapi apa yang orang mahu,"
jelas anak jati Kuala Lumpur itu.

Selain sibuk merakamkan single tersebut, Arja sedang mencari bahan untuk menghasilkan dua buah lagu lain.

Dalam galak bercerita, Arja turut berkongsi jadual kerjanya apabila
sering sibuk mengadakan persembahan nyanyian di beberapa majlis dan baru
sahaja tamat penggambaran telemovie La Diva Laressa bersama aktres Erra
Fazira untuk siaran di saluran Astro Ria.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2FDDzmXBQ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum