Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ubat botak ubah lelaki jadi wanita

View previous topic View next topic Go down

Ubat botak ubah lelaki jadi wanita

Post by Park Deen on Sun Dec 16, 2012 1:36 pm

Ubat botak ubah lelaki jadi wanita (Kosmo)



Oleh MUHAMMAD IZWAN MOHD. ISA
MASALAH keguguran rambut bukan sahaja merunsingkan wanita malah kaum
lelaki. Antara rawatan yang paling mendapat sambutan di seluruh dunia
bagi mengawal masalah itu ialah pengambilan pil Propecia oleh lelaki.

Keberkesanan pil itu sememangnya tidak diragui. Ia berfungsi dengan
menukarkan hormon testosteron kepada dihidrotestosteron sekali gus
menggalakkan pertumbuhan rambut normal.

Bagaimanapun, pengambilan pil itu secara berterusan dikatakan memberikan kesan sampingan yang mengejutkan.

Baru-baru ini, seorang jurutera perisian komputer dari Tampa,
Florida, Amerika Syarikat (AS), William McKee, 38, mendakwa dia
mengalami perubahan fizikal yang mendadak selepas sembilan bulan
mengambil pil itu.

Menurut McKee, antara perubahan fizikal itu termasuklah penambahan ukur lilit pinggul serta dada.

“Saya dapat merasakan perubahan yang berlaku pada diri saya sejak
mengambil preskripsi itu. Walaupun saya telah berhenti mengambilnya,
kesan pil itu masih ada sehingga ke hari ini.

“Menurut doktor, pil Propecia mampu merendahkan kadar hormon
testosteron sekali gus menyebabkan ciri kelakian saya hilang sedikit
demi sedikit,” kata McKee dalam satu temu bual.

McKee yang mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup
bersama bekas isterinya menjelaskan, dia berazam untuk meneruskan proses
transisi itu dan seterus berubah menjadi wanita sepenuhnya.

Lain pula kisahnya dengan seorang lagi lelaki AS, Kevin Malley, 31.
Atas nasihat doktor, dia mengambil pil tersebut selama lebih kurang
lima bulan. Akibatnya keinginan seksnya semakin menurun dan dalam masa
yang sama, saiz alat kelaminnya terus mengecut.

Hormon

“Saya hanya mahu pengeluar ubat itu sedar bahawa ubat itu mampu
merosakkan hidup pengguna di seluruh dunia. Saya ialah salah seorang
daripada mereka,” katanya.

Menurut Pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan Hospital Pantai
Kuala Lumpur, Dr. Eeson Sinthamoney, pengguna di negara ini seharusnya
tidak mengambil Propecia dalam dos yang berlebihan. Ini kerana wujud
elemen antiandrogen dalam ubat itu yang boleh menjejaskan kesihatan
serta kesuburan kaum lelaki.

“Ciri kelelakian setiap individu bergantung pada jumlah hormon
androgen yang ada padanya. Jenis hormon androgen utama bagi kaum lelaki
dikenali sebagai hormon testosteron.

“Masalah keguguran rambut yang dialami oleh kaum lelaki pula sangat
berkait rapat dengan penghasilan hormon androgen yang terlalu tinggi di
dalam tubuh.

“Jadi, apabila hormon androgen meningkat, kadar pertumbuhan rambut
pula akan semakin berkurangan,” jelas Eeson mengenai sebab berlakunya
masalah keguguran rambut dalam kalangan lelaki.

Mengulas lanjut mengenai kesan positif Propecia, Eeson berkata,
apabila pesakit mengambil pil itu, kandungan antiandrogen yang ada di
dalamnya mampu menyeimbangkan hormon androgen sekali gus memulihkan
masalah keguguran rambut.

“Kerana itu pesakit disarankan supaya mengambil pil Propecia dengan
dos dan mengikut kadar masa yang telah ditetapkan,” katanya.

Eeson menambah, apabila seseorang pesakit itu mengamalkan pengambilan
pil ini secara berterusan ataupun mengambilnya secara berlebihan, tahap
kesuburannya pasti akan terjejas, penghasilan sperma berkurangan
manakala ciri kewanitaan mula kelihatan.

“Secara logiknya, apabila hormon yang membawa ciri kelelakian
berkurangan di dalam tubuh, maka kecenderungan seksual dan keadaan
fizikal turut berubah.

“Justeru, sebelum bercadang untuk mencuba sebarang jenis ubat-ubatan,
individu yang mengalami masalah rambut gugur perlu mendapatkan nasihat
pakar terlebih dahulu,” jelas Eeson.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2FD59ddmh

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum