Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Fear Factor versi Malaysia

View previous topic View next topic Go down

Fear Factor versi Malaysia

Post by Park Deen on Thu Dec 13, 2012 7:07 am

Fear Factor versi Malaysia (Kosmo)









PENGARUH dan aura besar ternyata dimiliki program permainan sukan
aksi, Fear Factor. Tidak hanya di Amerika Syarikat (AS), program yang
membabitkan makanan jijik, ketakutan, ketinggian dan psikologi mental
peserta itu telah diadaptasi di 36 buah negara termasuk Indonesia dan
kini Malaysia.

Sejarah awal Fear Factor sebenarnya berasal dari Belanda yang
dihasilkan oleh Endemol USA iaitu pengeluar TV dan syarikat pengedaran
antarabangsa yang berpangkalan di negara tersebut.

Di Belanda, ia dikenali sebagai Now or Neverland, namun bagi pasaran
AS bermula pada tahun 2001, judulnya ditukar kepada Fear Factor.

Bagi Fear Factor versi AS yang menawarkan ganjaran AS$50,000
(RM160,000) bagi juara, ia bukan sahaja membabitkan penyertaan pasangan
dalam kalangan keluarga tetapi juga sahabat.

Bagi tujuan tarikan komersial berganda, ia turut membabitkan model,
ahli sukan gusti, ratu cantik dan bintang realiti daripada program The
Amazing Race, Survivor, American Idol, The Apprentice dan The Real
World.

Terdapat tiga cabaran dalam Fear Factor iaitu melibatkan fizikal,
mental dan aksi di dalam filem. Cabaran pertama, membabitkan fizikal
yang direka bentuk untuk menguji ketahanan diri setiap peserta atau
pasukan. Contohnya seperti melompat dari satu bangunan ke bangunan yang
berikutnya.

Cabaran kedua, ia membabitkan mental peserta iaitu makan makanan yang
menjijikkan seperti makan bahagian-bahagian badan binatang yang jijik,
serangga hidup atau campuran pelbagai jenis serangga dan binatang yang
sudah dikisar.

Terdapat juga cabaran lain yang melibatkan mental peserta seperti
membenamkan kepala atau tidur bersama dengan pelbagai jenis binatang
seperti tikus, lipas, labah-labah, ular dan cacing.

Peserta dalam cabaran kedua ini juga perlu melalui ketahanan
kesakitan seperti merasai asap pemedih mata, berjalan di atas kaca yang
pecah dengan keadaan kaki terdedah atau makan lada paling pedas di dunia
iaitu habanero.

Cabaran ketiga yang juga terakhir pula melibatkan lagak ngeri seperti
di dalam filem iaitu sama juga dengan cabaran pertama. Biasanya ia
melibatkan ketinggian, air, kenderaan atau gabungan ketiga-tiganya
sekali.

Mungkin cabaran-cabaran pelik dan menarik yang ditonjolkan dalam Fear
Factor menyebabkan ia mempunyai nilai komersial yang tinggi sehingga
diadaptasikan untuk dijadikan program TV seumpamanya di 36 buah negara.



SERAMAI 30 selebriti terkenal tempatan menyertai musim pertama Fear Factor Selebriti Malaysia.




Stesen televisyen Astro iaitu Astro Ria (saluran 104) buat
julung-julung kalinya membawa program Fear Factor ke Malaysia dan telah
diubah suai serta diberi nafas baharu mengikut kesesuaian budaya dan
kehidupan masyarakat Malaysia iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia.

Menurut Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli,
perkara-perkara jijik dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi budaya
Malaysia tidak akan ditonjolkan dalam program Fear Factor Selebriti
Malaysia.

"Pihak kami amat peka dengan isu yang melibatkan sensitiviti
penonton. Jika melihat format program asal, peserta akan diuji dengan
memakan benda-benda yang menjijikkan, tetapi ia tidak akan berlaku dalam
program ini.

"Fear Factor Selebriti Malaysia dihasilkan mengikut kesesuaian budaya
negara kita tetapi cabaran yang melibatkan rasa ketakutan, ketinggian
dan psikologi mental masih dikekalkan," ujarnya.

Biarpun tidak memaparkan cabaran makanan yang menjijikkan, jelas
Raqim, Fear Factor Selebriti Malaysia masih mampu menjadi daya tarikan
penonton kerana cabaran yang melibatkan kekuatan fizikal dan penggunaan
haiwan yang menakutkan terpaksa dilalui selebriti-selebriti tempatan.

Seramai 30 selebriti (dibahagikan kepada 13 kumpulan) menyertai Fear
Factor Selebriti Malaysia antaranya Johan As'ari, Didie Alias, Zoey,
Dafi, Jehan Miskin, Ezlynn, Elfira Loy, Kaka, Mejar Dr. Faiz, Hairul
Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Akim Ahmad, Gambit Saifullah, Zawen
Anwar, Roslan Shah dan Norisham Ismail.

Menjelaskan mengenai pemilihan selebriti menyertai program tersebut,
Raqim memberitahu, 30 selebriti yang dipilih diwajibkan menjalani ujian
fizikal yang disediakan pihak produksi Fear Factor Selebriti Malaysia.



FEAR Factor Selebriti Malaysia dihasilkan mengikut kesesuaian budaya Malaysia.




"Kami tidak memilih mereka secara rambang. Sebaliknya, setiap
selebriti yang dipilih diwajibkan untuk menjalani ujian kesihatan
fizikal. Mereka juga dinilai menerusi pencapaian di kaca TV sama ada
dalam bidang pengacaraan, lakonan mahupun nyanyian.

"Bukan itu sahaja, setiap selebriti yang dipilih juga sudah menjalani
latihan lasak selama lima hari dalam Boot Camp di Batu Caves, Selangor,
seperti 'rock climbing' dan menyelam sebelum memulakan penggambaran di
Cape Town, Afrika Selatan," jelasnya.

Dikendalikan oleh pelakon popular Aaron Aziz, Fear Factor Selebriti
Malaysia akan ditayangkan pada 29 Disember ini, pada setiap hari Sabtu,
pukul 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria 104.

Pemenang utama Fear Factor Selebriti akan menerima wang tunai
sebanyak RM200,000 manakala pemenang bagi cabaran mingguan pula bakal
menerima wang berjumlah RM10,000.

Pengalaman selebriti

Sementara itu, Aaron Aziz yang berkongsi pengalamannya sebagai hos
Fear Factor Selebriti Malaysia memberitahu, dia juga perlu melakukan
lima cabaran untuk tujuan mempromosikan program tersebut.

Ujarnya, dia yang sememangnya takut dengan ketinggian tetapi terpaksa juga melakukan cabaran tersebut.

"Walaupun saya seorang yang gayat dan takut pada ketinggian, saya
tetap melakukan cabaran jatuh dari bangunan (free fall) setinggi
sembilan tingkat," jelasnya.

Selain daripada cabaran ketinggian, kata Aaron, dia juga kena
melakukan aksi di dalam kereta yang diterbalikkan, duduk dalam kontena
yang penuhi dengan ular dan tergantung pada tali helikopter yang sedang
bergerak.

Malah, kata Aaron, dia juga perlu melakukan aksi di dalam air namun
dia tidak dapat melakukannya kerana terkena penyakit pneumonia dan
doktor sarankan supaya pelakon Adam dan Hawa itu tidak lakukan cabaran
tersebut.



ZOEY (depan kiri) dan Dafi (belakang) sedang beraksi dalam Fear Factor Selebriti Malaysia.




Ditanya apakah kepentingan yang diperoleh dengan penyertaannya dalam
program tersebut, ulas Aaron, Fear Factor Selebriti Malaysia mengajarnya
tahap kepercayaan pada diri sendiri.

"Cabaran tersebut merupakan perkara baharu yang kita perlu lakukan.
Bagaimana kita paksa diri dan percaya untuk lakukannya sehingga
berjaya," katanya.

Menurut salah seorang selebriti yang menyertai program tersebut, Zoey
atau nama sebenarnya Mohd. Hairey Azhar Abd. Rahman, dia berjaya
mengharungi ketakutan pada kala jengking selepas menyertai Fear Factor
Selebriti Malaysia.

Ulasnya yang berpasangan dengan penyanyi Dafi, dia perlu melakukan
cabaran meletakkan kala jengking di muka dan merasai pengalaman disengat
kala jengking.

"Sebelum ini memang saya takut dengan kala jengking, tetapi selepas
menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia saya tidak takut pada binatang
itu malah tahu bagaimana pergerakannya.

"Walaupun saya disengat oleh beberapa ekor kala jengking saya tetap meneruskan cabaran tersebut," ceritanya.

Menurut penyanyi Ezlynn pula yang bergandingan dengan salah seorang
peserta MasterChef musim pertama, Nik Michael, setelah menyertai Fear
Factor Selebriti Malaysia dia dapat menangani masalah dengan tenang
malah mengatasi rasa ketakutannya.

Begitu juga dengan pelakon Gambit yang memberitahu, biarpun mengalami
kecederaan ketika melakukan beberapa aksi lasak tetapi dia tetap
menyelesaikan cabaran tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2EtxFWVeO

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum