Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kehidupan Warga AS Diselamatkan oleh Ubat-Ubatan Buatan Iran

View previous topic View next topic Go down

Kehidupan Warga AS Diselamatkan oleh Ubat-Ubatan Buatan Iran

Post by Park Deen on Mon Dec 10, 2012 5:27 am


Kehidupan Warga AS Diselamatkan oleh Ubat-Ubatan Buatan Iran


Gambar: yourmiddleeast.com

Sekatan ekonomi yang diberikan Amerika Syarikat kepada Iran, dinilai mengancam
kehidupan warga Negeri Uncle Sam yang sedang sakit. Soalnya, bekalan ubat-ubatan dari Iran ternyata sudah menyelamatkan hidup warga AS.


Laporan yang diterbitkan di Wall Street Journal itu
menyebut Jabatan Pertahanan AS memerlukan hasil penyelidikan dan
pengeluaran ubat-ubatan Iran, bagi tentera AS di Afghanistan yang
terkena gigitan ular kobra, dan ular jenis lain khas dari Asia barat
daya. Komando Sentral AS menyarankan para tentera itu diberikan ubat bantuan dari
Iran, Razi Vaksin dan Serum Research Institute sebagai terapi antivenin (antibisa).


"antivenin dari Iran adalah yang terbaik," puji Kolonel Rob Russell, Pengarah
Perubatan di apotek yang dikendalikan Hospital di Britain dan berdekatan
dengan pangkalan Tentera AS di Afghanistan Selatan.


Press TV, Selasa (4/12), menyatakan pemberian ubat dari Iran lantaran kerana
antivenin buatan AS tidak dapat bertindak pada gigitan ular dari
Afghanistan.


Nah sekarang, sekatan AS yang melarang pemindahan dana melalui bank bakal
membuat pembelian ubat-ubatan dan peralatan perubatan di Iran semakin
sukar.


Tidak dapat tidak, polisi itu bakal mengancam kehidupan berjuta-juta pesakit
yang menderita hemofilia, hepatitis, kencing manis, dan talasemia.





Akibat sekatan AS, pada November lalu, seorang remaja mengidap pesakit
hemofilia di Iran meninggal dunia kerana kekurangan ubat-ubatan. "Hukuman
ini merupakan tindakan kejam yang bertentangan dengan rasa kemanusiaan
dan undang-undang antarabangsa tentang hak asasi manusia," kata seorang
pegawai Iran, Dr Ismail Salami.


Hukuman AS diberikan kepada Iran berikutan tuduhan program senjata nuklear. AS menuduh Iran membangunkan tenaga nuklear untuk menghasilkan senjata nuklear. Tapi Negeri Para Mullah itu selalu membantah dakwaan tersebut. (IPABI Online / HM / ROL)


Ihsan:http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum