Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Dazrin menyampah tengok Johan

View previous topic View next topic Go down

Dazrin menyampah tengok Johan

Post by Park Deen on Mon Dec 10, 2012 3:54 am

Dazrin menyampah tengok Johan (Kosmo)



Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


DAZRIN mengakui namanya kini dikenali ramai gara-gara membintangi drama bersiri Adam dan Hawa.



NAMA Dazrin Kamarudin, 24, sudah tentunya kurang dikenali lagi dalam
industri tanah air walaupun dia sudah berlakon dalam beberapa buah
filem, telemovie dan drama.

Bagaimanapun disebabkan penangan drama bersiri Adam dan Hawa yang
kini sedang ditayangkan menerusi Astro Mustika HD, Dazrin yang memegang
watak Johan mula dikenali ramai dan disebut-sebut.

Dazrin yang merupakan pemegang ijazah berganda Filem, Video dan Media
dan Ijazah Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Michigan, Amerika
Syarikat sebenarnya telah berlakon filem Seru dan Apokalips X sebelum
ini.

Selain itu, drama rantaian Bicara Hati, Memberku Hawa dan telefilem
Mencintaimu, Setahun Setengah Mencari Cinta dan Geisha Melayu Terakhir
juga merupakan lakonannya sebelum ini tetapi belum cukup membukti
kemunculannya dalam industri ini.

Watak Johan dalam drama yang diminati Adam dan Hawa sebagai lelaki
yang menagih kasih dengan isteri orang telah membuka ruang seluas
mungkin kepada Dazrin untuk bertapak kukuh dalam industri ini.

Ketika ditemui di majlis sidang akhbar program Astro Ria, Fear Factor
Selebriti Malaysia baru-baru, Dazrin berkongsi pengalamannya selepas
membawa watak Johan dalam drama Adam dan Hawa itu.

Kosmo!: Adakah ada perbezaan selepas anda dikenali menerusi watak Johan itu?

DAZRIN: Ya sudah tentu, sekarang jika keluar ramai peminat memanggil saya dengan nama Johan bukan Dazrin.

Adakah anda selesa dengan nama berkenaan atau mahu dipanggil Dazrin?

Saya tidak kisah sebenarnya, cuma pada awal-awal saya tidak biasa
sebab nama saya Dazrin bukan Johan, tetapi lama-lama saya sudah dapat
membiasakan diri dengan panggilan berkenaan.

Apakah yang membuatkan anda tidak selesa dengan panggilan nama Johan itu?

Ketika keluar bersiar-siar ada peminat panggil saya dengan nama
Johan, saya tidak berpaling sebab tidak tahu mereka (peminat) panggil
saya, sebab sudah biasa orang panggil Dazrin, sekarang saya sudah tahu
peminat luar sana kenal saya dengan nama Johan.

Ada atau tidak peminat yang menyampah dengan watak anda dalam drama berkenaan?

Sudah tentu ada, ramai peminat tulis dalam laman Twitter dalam nada
bergurau nak pukul saya. Saya sendiri bila tengok watak sendiri naik
menyampah pun ada dengan Johan tidak sudah-sudah menagih simpati Ain
(lakonan Nadiya Nissa).

Adakah selepas drama Adam dan Hawa, anda rasa mula dikenali dan mendapat banyak tawaran berlakon?

Memang saya sudah rasa penangan berlakon drama itu, sehingga aoabila
habis menjalani penggambaran Fear Factor Selebriti Malaysia di Afrika
Selatan baru-baru ini. saya terus kena pergi mesyuarat untuk beberapa
produksi yang hendak ambil saya berlakon.

Adakah tawaran itu untuk berlakon filem atau drama?

Kedua-duanya ada dan kali ini saya ditawarkan watak utama, sebelum
ini hanya watak sambilan, di situ saya sudah nampak kepercayaan yang
diberikan kepada saya.

Apakah perkembangan anda selepas ini?

Saya akan muncul dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia pada 29
Disember nanti dan akan bergandingan dengan pelakon Hairul Azreen.
Selain itu saya juga bakal memulakan penggambaran sebuah filem bulan
ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2EbdG1g3O

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum