Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Dongho pemburu samseng

View previous topic View next topic Go down

Dongho pemburu samseng

Post by Park Deen on Thu Dec 06, 2012 4:22 am

Dongho pemburu samseng (kOSMO)









PENYANYI remaja Korea Selatan, Shin Dongho yang merupakan ahli
kumpulan terkenal, U-Kiss kini semakin mengorak jauh ke hadapan dengan
menceburi bidang lakonan.

Memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi berkumpulan, dia yang
merupakan ahli paling muda dalam kumpulan U-Kiss itu memegang watak
dalam sebuah drama bersiri yang diadaptasi daripada sebuah komik nukilan
Kouji Mori.

Jalan cerita drama aksi berjudul, Holyland itu berkisar
mengenai seorang remaja yang suka merayau-rayau di jalanan yang akhirnya
bertemu cinta dan mempelajari erti persahabatan setelah mempelajari
ilmu sukan tinju.

Dongho melakonkan watak sebagai Kang Yoo yang merupakan seorang
remaja yang tidak boleh serasi dengan orang sekeliling sama ada di rumah
mahupun di sekolah.

Dia kemudian mula mempelajari asas sukan tinju menerusi sebuah buku.
Dia menggunakan ilmu seni mempertahankan diri yang dipelajarinya sendiri
itu ketika menentang sekumpulan samseng di jalanan.

Bermula pada detik itu dia digelar sebagai pemburu samseng.

Penyanyi berusia 18 tahun yang kian melonjak namanya itu sempat berkongsi pengalaman mengenai lakonannya dalam Holyland yang turut dilakonkan seorang lagi anggota U-Kiss, Hoon menerusi satu temu bual bersama media Korea Selatan baru-baru ini.

Bagaimanakah anda boleh terlibat dalam drama Holyland?

DONGHO: Saya membaca manga (komik) untuk belajar tentang watak. Saya
tidak boleh meletakkan penilaian terlalu tinggi kepada diri kerana
banyak lagi perkara yang perlu saya belajar. Saya akan cuba untuk
menjadi pelakon yang lebih baik.

Bolehkan anda berkongsi pengalaman tentang cabaran yang anda hadapi ketika berlakon dalam Holyland?

Sebelum penggambaran, saya perlu mempelajari seni mempertahankan diri
dan tinju yang agak sukar. Ia menyebabkan keletihan fizikal, tambahan
pula dengan konsert jelajah U-Kiss.

Adakah anda berasa hebat untuk digelar sebagai 'pemburu samseng' kerana latar belakang watak anda dalam Holyland itu?

Saya berasa seperti diri Kang Yoo ketika berlakon. Sudah pasti saya tidak seperti dia dalam kehidupan sebenar.

Apakah perkara menarik yang tidak boleh anda lupakan ketika berlakon dalam Holyland?

Kebanyakan babak lakonan saya bersama Hoon dan saya memukul dia dalam
babak perlawanan. Dalam kehidupan sebenar, saya tidak boleh memukul dia
kerana dia lagi tua daripada saya tetapi saya dapat lakukannya dalam
lakonan (ketawa).

Adakah anda memang meminati sukan tinju sebelum terlibat dalam drama ini?

Saya tidak begitu meminati sukan, tetapi saya ada melakukan sedikit senaman bagi mengekalkan bentuk badan.

Adakah sebarang kecederaan atau kemalangan berlaku ketika beraksi melakonkan watak dalam drama ini?

Tidak.



FIGURA comel ini bakal muncul menerusi filem pertama lakonannya, Don't Cry Mommmy.



Antara kerjaya lakonan dan menyanyi, mana satu anda lebih suka? Adakah susah untuk melakukan dua kerja dalam satu masa?

Banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari. Menyanyi merupakan
perkara yang telah saya lakukan sejak sekian lama, namun berlakon ini
baru sahaja, jadi ia agak menggusarkan saya. Saya cuma mahu lakukan yang
terbaik.

Adakah anggota U-Kiss yang lain berkata sesuatu apabila anda sibuk
dengan kerjaya berlakon dan persembahan nyanyian yang tidak putus-putus?

Mereka semua memberi galakan dan nasihat kepada saya selepas menonton
drama tersebut. Saya melakukannya bersama-sama Hoon termasuklah membaca
skrip bersama - segala-galanya sangat menyeronokkan.

Anda dikejarkan ke hospital baru-baru ini berikutan masalah paru-paru. Apakah status kesihatan anda sekarang?

Saya sangat sakit pada ketika itu tetapi sekarang saya sudah sihat sepenuhnya.

Bagaimanakah anda menjalani kehidupan sebagai seorang remaja yang dalam masa sama bekerja pada usia muda?

Saya banyak ponteng sekolah kerana sibuk dengan jadual nyanyian
bersama U-Kiss. Saya akui kesal kerana tidak dapat pergi ke sekolah
bersama kawan-kawan. Saya selalu berasa gembira dan merasakan saya
seorang budak yang baik sungguhpun saya tidak tahu apa yang ibu bapa
saya katakan mengenainya (ketawa).

Apakah impian terbesar anda?

Saya mahu melihat diri saya menonjol dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Apakah projek terkini anda?

Filem kegemaran saya ialah Don't Cry Mommy yang mana saya terlibat sama dalam filem itu. Ia akan ditayangkan tidak lama lagi.

Ada sebarang pesanan untuk peminat anda di Malaysia?

Hai peminat-peminat di Malaysia! Terima kasih banyak atas sokongan berterusan daripada anda! Drama Holyland
akan disiarkan tidak lama lagi. Saya berharap anda akan menonton dan
menyukainya. Saya akan selalu berusaha untuk memberikan yang terbaik
kepada kalian. Saya sayang anda semua!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2EEMCmvjp

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum