Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Amyza promosi diri guna Facebook, Twitter

View previous topic View next topic Go down

Amyza promosi diri guna Facebook, Twitter

Post by Park Deen on Thu Dec 06, 2012 4:20 am

Amyza promosi diri guna Facebook, Twitter (kOSMO)



Oleh HARYATI KARIM


SELEPAS 16 tahun berlakon, Amyza tidak pernah surut dengan tawaran untuk terbabit dalam drama atau telefilem.




AKTRES Amyza Adnan sudah terlibat dalam dunia lakonan sejak berusia
16 tahun. Kini pada usia 36 tahun, ibu kepada dua orang anak ini masih
lagi ligat berlakon.

Meskipun cukup terkenal dengan drama komedi selepas membintangi Tiga
Dara: Tan Tin Tun namun, Amyza juga mampu membawakan watak-watak yang
serius dan berat seperti dalam drama Trilogi Cinta.

Ketika ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu lakonannya
berjudul Spy M, Amyza mengakui kerjaya lakonannya tidak tergugat
langsung walaupun industri seni kini dibanjiri oleh pelakon baharu dan
muda.

Kosmo!: Bolehkah cerita tentang perkembangan terkini kerjaya lakonan Amyza?

AMYZA: Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran lakonan. Setakat
ini belum pernah saya berasa resah gelisah kerana tidak ada kerja.
Kehidupan saya sentiasa sibuk ditambah dengan tugas sebagai ibu kepada
dua orang anak.

Tidakkah anda rasa tergugat dengan kemunculan ramai pelakon baharu yang lebih muda?

Sejujurnya, saya tidak pernah rasa tergugat kerana saya sentiasa ada
kerja. Rasanya saya masih ada pasaran untuk televisyen dan filem
(ketawa). Tambahan pula, saya tidak akan memegang watak yang sama
berulang kali untuk menjaga kualiti lakonan sebagai langkah untuk
memanjangkan usia kerjaya saya.

Maknanya kini anda lebih memilih?

Ya, sekarang memang saya agak memilih watak berbanding 10 tahun
dahulu ketika mula-mula berlakon. Dahulu apa sahaja watak yang
ditawarkan, saya terima tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Kini,
saya lebih matang dan saya harus memilih supaya penonton tidak jemu
menonton lakonan saya.

Nama anda cukup sinonim dengan cerita komedi. Apakah pandangan anda?

Sebenarnya saya tidak hanya membawakan watak komedi. Banyak juga
watak berat yang saya bawakan. Mungkin watak komedi yang saya bawakan
lebih meninggalkan kesan kepada penonton, sebab itu orang ingat saya
pelakon komedi semata-mata. Sebenarnya, saya tidak kisah asalkan mereka
terhibur apabila menonton lakonan saya.

Adakah sukar untuk anda mendapatkan perhatian daripada peminat apabila semakin berusia?

Kalau zaman dahulu memang susah, tetapi zaman sekarang teknologi
sudah semakin canggih. Banyak medium untuk mempromosikan diri serta kami
lebih dekat dengan peminat. Contohnya, Twitter dan Facebook. Jadi, apa
sahaja projek terbaharu dan berita mengenai diri sendiri, saya boleh
terus sampaikan kepada peminat. Memang teknologi amat membantu dalam
kelangsungan kerjaya saya.

Khabarnya watak sebagai Madam J dalam drama Spy M merupakan watak idaman anda, betul dan kenapakah?

Saya macam tidak percaya apabila pada usia begini saya ditawarkan
watak sebagai Madam J yang memerlukan saya berlawan dan melakukan
sendiri pelbagai aksi lagak ngeri sendiri. Ini kali pertama saya pegang
watak sebagai penyiasat. Waktu muda-muda dahulu tidak pula ditawarkan
sebegini (ketawa)

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2EELk7BnN

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum