Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Mahu fokus karier

View previous topic View next topic Go down

Mahu fokus karier

Post by Park Deen on Thu Dec 06, 2012 4:19 am

Mahu fokus karier (KOSMO)









DIA dianggap sebagai antara pengarah muda yang berjaya serta berhasil
mengikut jejak langkah bapanya, Datuk Yusof Haslam sebagai seorang
pengarah filem yang berkaliber.

Mula duduk di kerusi pengarahan sejak tahun 2008 menerusi filem
Evolusi KL Drift, namun kemuncak kepada kerjaya pengarahan dan
lakonannya sudah tentu menerusi filem KL Gangster.

Filem itu berjaya mencipta rekod dengan kutipan tertinggi mencecah
RM12 juta - jumlah yang masih belum mampu dipecahkan oleh mana-mana
filem tempatan sehingga kini.

Sebagai seorang pengarah yang dilihat begitu kreatif dan pakar dalam
filem-filem aksi, maka tidak menghairankan apabila dia dinobatkan
sebagai Pengarah Terbaik dua tahun berturut-turut pada Festival Filem
Malaysia 23 (Evolusi KL Drift 2) dan 24 (KL Gangster).

Kemudian pada tahun ini, Syamsul sekali lagi mencatat kejayaan cukup
gemilang apabila meraih lima trofi semasa Anugerah Blockbuster 2012 yang
dianjurkan pada bulan Oktober lalu.

Menerusi anugerah yang dipilih 100 peratus menerusi undian orang
ramai, Syamsul berhasil membawa pulang trofi untuk kategori Anugerah
Filem Terhebat, Anugerah Tuan Direktor dan Anugerah Filem Aksi Terhebat
menerusi filem KL Gangster serta Anugerah Filem Takut Terhebat
(Khurafat) dan Anugerah Khas PFM.

Namun begitu, di sebalik kejayaan yang telah diraihnya selaku seorang
pengarah dan pelakon, ramai yang tertanya-tanya sama ada Syamsul sudah
bersedia memikul satu lagi tanggungjawab besar iaitu sebagai seorang
suami memandangkan usianya yang kini semakin meningkat.

Persoalan tersebut juga timbul selepas dua wanita yang pernah
dikaitkan dalam hidupnya iaitu Diana Danielle dan Liyana Jasmay,
masing-masing telah bertemu jodoh.

Diana baru bernikah dengan aktor dan pengarah Farid Kamil, sementara Liyana memilih Fathuddin Mazlan sebagai tunangnya.

Ketika ditemui baru-baru ini, Syamsul hanya tersenyum apabila
diajukan persoalan mengenai perancangannya untuk menamatkan zaman
bujang.

Sementelah, dia juga telah setahun menjalin cinta dengan seorang penuntut dalam bidang perubatan.

"Saya sudah dapat agak pastinya perkara ini akan ditanya, tetapi
secara jujurnya saya masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga
buat masa sekarang walaupun sudah mempunyai kekasih.

"Lagipun apabila berkahwin sudah tentu tanggungjawab yang dipikul
akan menjadi lebih besar, sedangkan komitmen saya terhadap kerja masih
lagi banyak dan sebab itu soal perkahwinan saya tolak ke tepi dulu,"
ujarnya serius.

Menurut Syamsul, dia akui sudah beberapa kali didesak untuk
mendirikan rumah tangga sehingga adakalanya berasa sedikit tertekan,
namun dia tetap memahami hasrat keluarganya yang ingin melihat dia
berkahwin.



SYAMSUL mengaku timbul rasa tertekan apabila sering diasak tentang persoalan menamatkan zaman bujang oleh ahli keluarganya.



"Kalau diikutkan bukan ibu dan bapa saya sahaja yang mendesak, malah
saudara-mara saya yang lain juga sudah ramai yang bertanya mengenai hal
tersebut.

"Bukan saya tidak mahu berkahwin, tetapi saya akan menunggu sehingga saya betul-betul bersedia," jelasnya.

Ketika ditanya sasaran untuk mendirikan rumah tangga, Syamsul
memberitahu, dia sendiri tidak berani menyasarkan tantang perkara
tersebut, biarpun pernah menyatakan akan berkahwin pada usia 30 tahun.

"Ketika ini saya lebih mengharapkan doa daripada peminat supaya saya
lebih terus sukses dengan kerjaya sekarang. Sekiranya semua berjalan
lancar, barulah saya akan fikirkan tentang perkahwinan pula," ujarnya.

Berkenaan hubungan dengan kekasihnya yang sudah terjalin sejak
setahun lalu, Syamsul berkata, setakat ini percintaan mereka tetap
berjalan seperti biasa, meskipun mereka agak jarang berjumpa.

Menurut Syamsul, dia juga sangat beruntung kerana mendapat seorang
kekasih yang begitu memahami kerjaya dan komitmen yang dipikulnya
sekarang.

"Setakat ini kami masih belum berbincang secara serius tentang
mendirikan rumah tangga, malah dia pun faham dengan situasi saya
sekarang. Bagi saya, semuanya terserah pada jodoh," ujarnya yang masih
enggan mendedahkan identiti gadis yang kini sedang bertakhta di hatinya
itu.

Harapan tinggi

Pada tahun lalu filem KL Gangster lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra
telah mencipta kejayaan tersendiri apabila berhasil memperoleh kutipan
pecah panggung, sekali gus menjadi filem Melayu paling berjaya dari segi
kutipan tiket setakat ini.

Rentetan daripada kejayaan tersebut, Syamsul selaku pengarah membuat
keputusan untuk menghasilkan sambungannya iaitu KL Gangster 2 dengan
mengekalkan sebahagian besar pelakon asal filem tersebut.

Namun begitu, hasrat peminat untuk menonton sambungan filem berkenaan
masih belum tercapai kerana ia belum lagi ditayangkan di pawagam,
meskipun penggambaran sudah berakhir pada awal tahun lalu.

Jelas Syamsul, filem berkenaan kini sudah memasuki proses akhir untuk
disiapkan dan dia menjangka penonton dapat menyaksikan buah tangan
terbaharunya itu pada pertengahan tahun hadapan.



SYAMSUL enggan memikirkan soal kahwin buat masa terdekat kerana mahu memberi fokus terhadap kariernya.



"Filem ini agak lambat untuk disiapkan kerana saya mempunyai komitmen
lain yang harus diselesaikan terlebih dulu, tetapi saya yakin filem ini
akan menjadi lebih menarik dan memberikan kepuasan kepada penonton.

"Secara terus terang, saya memang meletakkan harapan yang sangat
tinggi agar filem ini dapat mencatat kejayaan lebih memberangsangkan
termasuk daripada segi kutipan berbanding filem pertama," jelasnya.

Bagaimanapun, pengarah muda itu sedar dengan keadaan lambakan filem
yang berlaku sekarang, ternyata memberikan cabaran yang besar kepada
dirinya untuk mencatatkan kejayaan seperti yang pernah diraih sebelum
ini.

Kualiti

Bercerita lebih lanjut mengenai isu lambakan filem yang berlaku dalam
industri perfileman sekarang, Syamsul mengakui ia banyak memberi impak
terutama kepada pembikin filem.

Ujarnya, sudah tiba masanya para penerbit menghasilkan filem-filem
yang lebih berkualiti dan tidak terlalu mengejar kuantiti semata-mata
kerana penonton sekarang sudah semakin bijak memilih.

"Selepas kejayaan filem KL Gangster pada tahun lalu, ayah pernah
memberi saranan kepada saya supaya menghasilkan lebih banyak filem,
namun saya agak kurang bersetuju.

"Bagi saya lebih baik menghasilkan dua atau tiga filem sahaja
setahun, asalkan filem yang dihasilkan itu memang betul-betul berkualiti
dan dapat memenuhi kehendak para penonton," tegasnya.

Jelasnya lagi, jika keadaan sebegini masih lagi berlaku pada masa
akan datang, dia risau kepercayaan penonton untuk menonton filem-filem
Melayu semakin hilang apabila dihidangkan dengan filem-filem yang tidak
berkualiti.

"Tidak mustahil para penonton akan memberikan persepsi yang kurang
baik kepada filem-filem Melayu dan ia sekali gus memberi kesan kepada
filem-filem berkualiti yang dihasilkan," ujarnya mengakhiri bicara.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2EELRPn6e

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum