Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Demi selamatkan karier

View previous topic View next topic Go down

Demi selamatkan karier

Post by Park Deen on Thu Dec 06, 2012 4:08 am

Demi selamatkan karier (kOSMO)





SAFEE (kiri) dan Zakaria ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya malam kelmarin.




PENYERANG Harimau Malaya, Safee Sali berkata, keputusannya menyertai
Johor musim depan adalah untuk menyelamatkan kariernya dalam arena bola
sepak.

Safee berkata, kesungguhan yang ditunjukkan Persatuan Bola Sepak
Negeri Johor (PBNJ) mendapatkan khidmatnya juga mendorong dia memilih
untuk menyarung jersi skuad Harimau Selatan itu.

"Dalam keadaan sekarang, saya pilih menyertai Johor untuk
menyelamatkan karier saya. Saya nampak usaha Johor untuk cuba membuat
perubahan dalam arena bola sepak negara... saya terima dan hormati cara
mereka.

"Saya dapat rasakan Johor akan memberi impak yang amat positif dalam
saingan liga musim depan," kata Safee ketika ditemui di Wisma FAM,
Kelana Jaya malam kelmarin.

Safee kini berada di Wisma FAM bersama skuad Harimau Malaya dalam
persediaan menghadapi aksi separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 menentang
Thailand.

"Dengan dibarisi beberapa pemain kebangsaan, skuad Johor akan muncul
sebagai pesaing hebat dalam memburu kejuaraan pada saingan Liga Super
musim depan," jelasnya yang menyertai Johor secara pinjaman selama
setahun.

Kelmarin, Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan bahawa
bintang kelab Arema Indonesia itu telah menandatangani perjanjian
kontrak dengan disaksikan Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku
Ismail Sultan Ibrahim di Wisma FAM.

Sementara itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim menegaskan,
semua pihak tidak harus menjadikan perpindahan Safee ke Johor sebagai
satu isu sehingga mampu menjejaskan fokus pemain berusia 28 tahun itu
bagi menghadapi kempen Piala Suzuki AFF 2012.

Zakaria percaya pihak pengurusan PBNJ akan membuat pengumuman rasmi
berhubung perkara itu selepas berakhirnya kejohanan Piala Suzuki AFF
2012 nanti.

"Kita seharusnya bagi ruang kepada Safee. Lagipun, saya mahu elakkan kenyataan bercanggah dengan PBNJ.

"Saya yakin Johor yang kini dikenali sebagai Darul Takzim FC akan
membuat pengumuman rasmi nanti. Kita tunggu dan lihat sahaja," kata
Zakaria semalam.

Beliau turut berharap peminat bola sepak tanah air menghormati
keputusan Safee berhijrah ke Johor selain mahu menjaga hati semua pihak.

"Saya dan Safee perlu menjaga hati semua pihak termasuk jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal.

"Seperti yang saya katakan tadi, kita beri ruang dahulu kepada Safee
untuk mempamerkan aksi lebih cemerlang bersama skuad negara," katanya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2EEImrkwr

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum