Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

FAM enggan dedah rahsia sebenar

View previous topic View next topic Go down

FAM enggan dedah rahsia sebenar

Post by Park Deen on Thu Dec 06, 2012 4:07 am

FAM enggan dedah rahsia sebenar (kOSMO)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


BARISAN kesebelasan utama skuad NS Betaria yang beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini.




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia lebih cenderung mengambil pendekatan
‘kunci mulut’ ketika diminta mengulas mengenai penyingkiran NS Betaria
daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Kenapa Betaria tidak dibenarkan terlibat dalam Liga M, kami tidak boleh dedahkan.

“Setelah menilai semua perkara, ahli jawatankuasa memutuskan kelab
itu tidak dibenarkan untuk beraksi pada musim depan,” kata sumber
dalaman FAM kepada Kosmo! semalam.

Terdahulu, FAM telah bertindak untuk menyingkirkan NS Betaria
daripada melibatkan diri dalam semua pertandingan meskipun menewaskan
UiTM 3-0 pada aksi playoff Liga Perdana bagi musim 2013, Oktober lalu.

Situasi itu menyaksikan Perlis yang menduduki tangga ke-11 dan UiTM
(ketiga Liga FAM) akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan bagi
mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh NS Betaria dan USM FC yang
menarik diri.

Sebagai rekod, NS Betaria menduduki tangga ke-10 daripada 12 pasukan dalam Liga Perdana musim lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin
(gambar) ketika dihubungi Kosmo! semalam pula enggan memberikan sebarang
kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Sebaliknya, Hamidin mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima
permohonan pertukaran nama pasukan Johor FC yang bakal dikenali sebagai
Darul Takzim FC mulai musim depan.

Jelasnya, FAM tiada sebab untuk menolak permohonan yang dikemukakan
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sejak September lalu.

“FAM telah menerima permohonan tersebut selepas pihak berkenaan telah mengemukakan dokumen yang diperlukan.

“Ia termasuk pengesahan daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan tentang penukaran nama itu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Hamidin menegaskan, tiada perubahan nama
membabitkan pasukan Johor yang akan beraksi dalam Liga Perdana musim
depan.

“Kami tiada sebarang bantahan dan status quo Johor dalam Liga Perdana akan kekal.

“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan Presiden
PBNJ manakala Darul Takzim FC akan diuruskan oleh orang lain,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2EEIOn2az

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum