Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Nad Zainal tidak berahsia

View previous topic View next topic Go down

Nad Zainal tidak berahsia

Post by Park Deen on Wed Dec 05, 2012 11:07 am

Nad Zainal tidak berahsia (Kosmo)



Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


FIGURA cantik ini memberitahu dia teringin untuk berlakon dalam drama atau telefilem epik dan perang.



MENYERLAH sepanjang tahun 2012, Nad Zainal, 22, merupakan salah
seorang bintang baharu yang paling mencuri perhatian ramai menerusi
kualiti lakonannya.

Bermula dengan slot sitkom bersiri khas TV3, Memberku Hawa yang
menggandingkannya dengan pelakon Faezah Elai, Nad semakin dikenali
menerusi drama Bukan Bidadari. Terkini, dia muncul dalam telefilem
sedang hangat ditayangkan di TV3, Putera Rayyan.

Seiring dengan kerjayanya yang meningkat naik, Nad tidak terlepas
diburu dengan kisah peribadi. Sementelah dia sendiri sudah beberapa kali
dilihat membawa kekasihnya yang hanya dikenali dengan nama Azwan ke
majlis-majlis yang dihadirinya.

Kosmo! yang berkesempatan bersua muka dengan pasangan itu pada majlis
resepsi Diana Danielle dan Farid Kamil di Taman Ekuestrian Putrajaya
pada 1 Disember lalu mendapatkan kenyataannya berhubung status mereka.

Kosmo!: Nad nampak tidak kekok membawa teman lelaki ke beberapa acara
sejak kebelakangan ini. Tidakkah anda takut ditohmah oleh orang
sekeliling mahupun peminat?

NAD: Saya dan Azwan (teman lelaki) berkenalan sudah hampir dua tahun
dan diakui saya bukan jenis orang yang suka berahsia. Bagi saya, tidak
ada yang perlu disorok. Lagipun kami hadir ke majlis terbuka. Kalau kami
dilihat bersama selalu ke kelab malam atau menghadiri parti sosial,
barulah boleh dikatakan kontroversi. Emak saya percayakan dia dan saya
rasa selamat bersama dia.

Ada perancangan untuk ke langkah seterusnya? Mungkin mengikat tali pertunangan terlebih dulu?

Buat masa sekarang belum ada sebarang perancangan lagi. Perjalanan
kami masih jauh dan mahu fokuskan kerjaya terlebih dulu. Dia banyak
membuat kerja-kerja di belakang tabir dan secara tidak langsung kami pun
lebih kerap berjumpa.



NAD bersama kekasihnya, Azman. Mereka telah bercinta selama dua tahun tetapi belum mempunyai perancangan untuk berkahwin.




Bagaimanakah anda melihat perkembangan kerjaya pada tahun ini? Adakah anda sudah berpuas hati?

Saya tidak pernah berpuas hati dan mahukan lebih daripada apa yang
sedang saya lakukan sekarang. Saya sudah berada dalam industri ini sejak
tahun 2007 dan ketika itu tiada siapa perasan saya pun. Bagaimanapun,
situasinya mula berbeza kini. Alhamdulillah, apabila rajin berusaha
insya-Allah pintu rezeki kita akan dipermudahkan.

Apakah watak idaman anda yang masih belum tercapai sehingga sekarang?

Kebanyakannya saya sudah dapat peranan yang diimpikan. Cuma saya
teringin berlakon drama atau filem epik dan perang yang memerlukan saya
memakai kostum lama.

Bagaimanakah pula dengan watak air mata? Adakah anda selesa sekiranya suatu hari nanti sentiasa ditawarkan watak berat?

Jujurnya, saya lebih senang sebenarnya menjadi diri sendiri. Saya
seorang yang periang dan untuk menggalas watak-watak berat, sebenarnya
agak susah sedikit buat saya. Bagaimanapun saya tidak kisah sekiranya
ditawarkan watak air mata, cuma nanti perlu ada fasa keseimbangan untuk
menerima watak-watak ringan sekali sekala.

Selain drama bersiri Putera Rayyan yang sedang ditayangkan di TV3 sekarang, apakah perkembangan terkini anda?

Saya baru habis penggambaran filem Kami Histeria bersama Fazura dan
Diana Danielle. Kini saya baru memulakan penggambaran telefilem Cinta
bersama Zahiril Adzim. Selain itu, sitkom Memberku Hawa musim kedua juga
akan muncul.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2EA9VZNE5

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum