Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kahwin tidak gugat kerjaya

View previous topic View next topic Go down

Kahwin tidak gugat kerjaya

Post by Park Deen on Wed Dec 05, 2012 11:04 am

Kahwin tidak gugat kerjaya (Kosmo)









LAMA memburu bintang lepasan One In A Million (OIAM) musim pertama
ini. Akhirnya kami dipertemukan dalam sebuah sesi fotografi yang
dirancang khas bersama pemilik nama Suki Low di sebuah hotel yang
terletak di jantung ibu kota Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Enam tahun bergelar penyanyi, Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee,
22, kelihatan lebih matang dan tegas meluahkan butir bicara.

Tidak dinafikan, pengalaman yang ditempuhi oleh si gadis genit yang
memulakan kariernya pada usia 16 tahun itu telah banyak mendidik
dirinya.

"Perjalanan karier saya merupakan satu proses. Biarpun ia tidak
'meletup' tetapi saya bersyukur masih dapat menyanyi sampai sekarang dan
saya tidak akan pernah berhenti menyanyi," tegasnya tentang prinsip
karier seninya.

Tidak pernah rasa tersisih biarpun dia merupakan seorang penyanyi
berketurunan Cina, kata Suki, dia melihat perspektif kerjayanya lebih
luas berbanding penyanyi tempatan yang lain.

"Platform nyanyian saya bermula dengan pasaran berganda iaitu muzik
saya merangkumi kaum Melayu dan Cina sekali gus. Biar pada mulanya saya
tidak dikenali ramai, yang penting saya kekal.

"Sepanjang membesar dalam masyarakat majmuk di Malaysia, saya tidak
pernah rasa prejudis atau orang bukan kaum Cina menolak muzik saya.

"Hakikatnya, saya diterima ramai dan seni telah menyatu serta
memperkenalkan saya kepada masyarakat yang lebih pelbagai," luah Suki.

Mengenai perancangan masa depannya, dia mahu mengeluarkan album
berbahasa Melayu dan Mandarin namun, fokusnya kini lebih kepada
menyiapkan album pertama berbahasa Melayu untuk pasaran tempatan.

"Muzik tak perlu ada sempadan dan tidak kira apa-apa bahasa sekali
pun. Malaysia ada pelbagai bahasa dan bahasa Melayu penyatu kita. Jadi
saya merancang untuk muncul dengan album berbahasa Melayu terlebih
dulu," ujarnya.

Lebar sayap

Ungkap Suki, dia kini sedang dalam rangka proses menyiapkan album
keduanya yang mengandungi lapan buah lagu termasuk lagu hit Terlalu
Mencintaimu. Jika tiada aral, album tersebut akan memasuki pasaran pada
pertengahan tahun 2013.



SUKI akan menamatkan zaman solonya
pada usia 22 tahun bersama kekasihnya, Jeremy Chong. Mereka akan
berkahwin pada 12 Disember ini.




Sebenarnya, penyanyi kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu baru
selesai merakamkan single terbaharu berjudul Untuk Kamu yang dicipta
oleh komposer Indonesia, Irang Arkad dan Ering Arkad.

Memilih untuk berkolaborasi dengan pemuzik dari Indonesia, kata Suki
ia memberi peluang kepadanya untuk bereksperimentasi. Dalam masa yang
sama, dia turut mengintai peluang untuk menembusi industri muzik di
sana.

"Kalau ada rezeki saya mahu mencuba nasib di sana. Semua orang sedar
bahawa industri muzik di sana lebih besar dan sudah pasti memberikan
pengalaman baharu bagi saya jika dapat menembusi pasaran Indonesia,"
ujar Suki penuh harapan.

Suki mengakui dia seorang penyanyi yang cerewet berhubung pemilihan
lagu kerana baginya biar mengambil masa yang panjang, asalkan hasilnya
memuaskan hati.

Katanya: "Saya pentingkan kualiti. Kalau boleh saya mahu semua lagu
yang saya rakamkan orang suka. Muzik sudah menjalani fasa revolusi dan
pendengar sekarang sudah bijak membuat pilihan. Muzik juga melibatkan
perkongsian dan kerana itulah saya mengharapkan agar orang luar menerima
muzik saya."

Gagal mencorakkan perjalanan kerjayanya dengan berkesan selepas
menjuarai 0IAM pada tahun 2006, Suki menghela nafas lega setelah
memenangi kes tuntutan saman terhadap syarikat pengurusannya, Galaxy
Music Sdn. Bhd. bulan Ogos lepas.

Menerusi tuntutannya, Suki mencari keadilan di Mahkamah Tinggi untuk
mengarahkan syarikat pengurusan Galaxy Music supaya membatalkan
perjanjian yang ditandatanganinya dengan mereka.

Dia juga memohon supaya dipulangkan semula wang berjumlah
RM367,575.17 yang sudah pun dibayar kepada Galaxy Music selepas
dijanjikan bahawa syarikat tersebut mampu untuk merakam, menerbit,
memasar, mempromosi dan mengedarkan sebuah album antarabangsa berbahasa
Cina di Taiwan, China dan Hong Kong untuknya.

Galaxy Music merakamkan sebuah album Mandarin berjudul, Ladies'
Night, tetapi selepas dipasarkan di Malaysia pada 2009, album itu tidak
dipasarkan di Taiwan, China atau Hong Kong seperti yang dijanjikan. Wang
itu adalah sebahagian daripada hadiah yang diterimanya selepas
menjuarai OIAM.



SUKI bercita-cita untuk menembusi pasaran muzik Indonesia.




Bangkit daripada kekecewaan tersebut, Suki menjelaskan dia bakal memulakan kariernya di Hong Kong bermula pada tahun depan.

Ujar Suki, dia telah menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman
Skyco Asia Ltd. dan bakal mengeluarkan sebuah album berbahasa Mandarin
untuk pasaran Hong Kong, China dan Taiwan.

Kahwin

Pertama kali membuka mulut berkongsi cerita mengenai hubungannya
dengan Pengarah A&R (Artist & Repertoire) syarikat rakaman
Infl8dreams, Jeremy Chong, keceriaan jelas terpancar pada wajah Suki.

"Kami akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh 12.12.12 (12
Disember 2012), sehari selepas sambutan hari ulang tahun saya. Majlis
tertutup sebelah lelaki akan diadakan di Pulau Pinang, berkonsepkan
perkahwinan dalam taman serta di atas kapal Star Cruise," dedah Suki.

Perkenalannya dengan Jeremy bermula sejak empat tahun lalu dan
menjadi lebih rapat setahun kemudian. Kata Suki, Jeremy menepati
kriteria lelaki idamannya dan mereka memahami antara satu sama lain.

"Dia (Jeremy) selalu bersama saya termasuk berulang-alik dari
Malaysia ke Taiwan dan Hong Kong sebelum ini. Saya rasa selamat apabila
bersamanya. Dia juga tidak pernah mengongkong saya.

"Kami tidak berselindung antara satu sama lain. Dia seorang pendengar
yang setia, malah memahami kerjaya saya sebagai seorang penyanyi. Dia
sentiasa mahukan yang terbaik buat saya dan kami saling mempercayai,"
katanya memuji Jeremy.

Bersedia untuk bergelar seorang isteri pada usia yang masih muda,
kata Suki tiada apa yang berubah melainkan status dan limpahan kasih
sayang daripada bakal suaminya.

"Soal anak, kami belum terfikir lagi. Tunggulah dua atau tiga tahun
sebab buat masa sekarang kami mahu stabilkan kewangan dan kehidupan
berkeluarga terlebih dulu," ujar Suki yang tidak melihat perkahwinan
sebagai penentu jatuh bangun kerjayany

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2EA6VkesR

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum