Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

9 pemain sertai Harimau Muda A

View previous topic View next topic Go down

9 pemain sertai Harimau Muda A

Post by Park Deen on Wed Dec 05, 2012 10:14 am

9 pemain sertai Harimau Muda A (Kosmo)





ROZAIMI (kanan) antara pemain yang diserapkan dalam skuad Harimau Muda A.




SEMBILAN pemain daripada pasukan kelab dan negeri telah menyatakan
persetujuan menyertai pasukan Harimau Muda A (skuad bawah 23 tahun
negara) pada musim depan, demikian jelas ketua jurulatih skuad
berkenaan, Ong Kim Swee semalam.

Pemain terbabit ialah Mohd. Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Muhammad
Nurridzuan Abu Hassan, D. Kenny Pallraj (Perak); Muhammad Zubir Mohd.
Azmi (Terengganu), Nik Mohd. Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan) dan Mohd.
Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (PKNS FC).

Turut tersenarai ialah Mohamad Firdaus Muhamad (Harimau Muda B),
Saiful Ridzuwan Selamat (UiTM FC) dan Adam Nor Azlan daripada Sekolah
Sukan Bukit Jalil.

"Kesemua pemain tersebut telah melapor diri semalam kecuali dua
pemain dari Perak yang membantu pasukan mereka menghadapi (Perlis) pada
suku akhir kedua Piala Emas Raja- Raja (di Stadium Perak, Ipoh) hari ini
(semalam)," kata Kim Swee.

Menurut beliau, pemain yang belum melapor diri akan berbuat demikian
pada sesi latihan pasukan berkenaan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM), Kelana Jaya petang ini.

"Selain sembilan pemain tersebut, saya turut berminat mendapatkan
pemain pertahanan daripada Selangor PKNS iaitu Mohd. Aminuddin Mohd.
Noor bagi memperkuatkan pasukan menghadapi kejohanan-kejohanan pada
tahun depan.

"Saya difahamkan, Mohd. Aminuddin bersama Mohd. Azrif Nasrulhaq kini
bersama pasukan Selangor PKNS menghadapi perlawanan persahabatan sebagai
persiapan menghadapi Liga Malaysia tahun depan.

"Namun, saya berharap dapat menyelesaikan proses mendapatkan kedua-dua pemain berkenaan sebelum 10 Disember ini," katanya.

Beberapa pemain skuad berkenaan telah meninggalkan pasukan itu
berikutan melebihi had umur, antaranya pemain kebangsaan, Mahalli Jasuli
yang menyertai pasukan Selangor.

Skuad Harimau Muda A bakal beraksi di Eropah musim depan sebagai
persediaan awal mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar dan
tempat mereka dalam Liga Singapura akan digantikan skuad Harimau Muda B
yang dikendalikan bekas jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2E9vK8Swb

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum