Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan lupakan khidmat Ghaddar

View previous topic View next topic Go down

Kelantan lupakan khidmat Ghaddar

Post by Park Deen on Mon Dec 03, 2012 4:05 am

Kelantan lupakan khidmat Ghaddar(Kosmo)


Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


DIMITRIOS, pemain import baharu dalam skuad Kelantan.




SELEPAS kehilangan pemain paling bernilai, Norshahrul Idlan Talaha,
Kelantan sekali lagi menerima tamparan hebat apabila penyerang import
sensasi mereka dari Lebanon, Muhammad Ghaddar tidak lagi bersama pasukan
tersebut untuk mengharungi saingan liga musim depan.

Terdesak dengan situasi tersebut, KAFA segera memburu beberapa pemain
yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan ketika mereka kini
dalam persiapan untuk mempertahankan ketiga-tiga kejuaraan yang
dimenangi termasuk memberi cabaran baharu pada saingan Piala Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC) musim depan.

Nama penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali yang kini sedang beraksi
bersama skuad Harimau Malaya pada kejohanan Piala Suzuki AFF juga
dikatakan turut berada dalam senarai paling atas untuk dibawa masuk bagi
memantapkan pasukan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan diberikan oleh pihak KAFA
yang sebelum ini turut dikaitkan memburu dua penyerang berbisa Kedah,
Baddrol Bakhtiar dan Khyrill Muhymeen, namun khabar tersebut seperti
tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, peminat The Red Warriors mampu menghela nafas lega
apabila KAFA hampir pasti menandatangani seorang pemain import baharu
dari Australia yang merupakan penyerang muda sebuah kelab yang pernah
beraksi pada Liga Juara-Juara Asia dan memenangi Liga Australia sebelum
ini bagi menggantikan kelibat Muhammad Ghaddar.

Sumber KAFA memberitahu, pemain tersebut dilahirkan pada 10 November
1992 dan baru berusia 20 tahun dan memiliki kebolehan beraksi pada
posisi serangan selain mampu bertindak sebagai pemain tengah.

“Dimitrios (Dimi) Pertratos merupakan pemain muda daripada kelab
Sydney FC yang berpangkalan di New South Wales, Australia. Beliau juga
merupakan penyerang pasukan bawah 23 tahun Australia dan antara lima
pemain muda yang berjaya menempatkan diri dalam skuad senior kelab
tersebut.

“Bagaimanapun, kita akan mendapatkan khidmat beliau secara pinjaman
untuk tempoh enam bulan sebelum perbincangan lanjut mengenai kontraknya
berdasarkan prestasi yang akan dipamerkan nanti,” katanya ketika
dihubungi semalam.

Sebelum ini, sebuah portal sukan, Australian FourFour Two dalam
entrinya pada 23 November lalu menyiarkan artikel mengenai juara trebel
dari Malaysia, Kelantan berminat untuk mendapatkan pemain muda tersebut.

Artikel berkenaan juga menyebut, ejen Petratos, James Hardy begitu
berminat dengan tawaran yang dikemukakan oleh The Red Warriors itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2Dwi9yRp4

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum